Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak boleh pertimbang namakan DUN kepada Parlimen Sarawak

-

KUCHING: Sarawak boleh mempertimb­angkan untuk menamakan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Parlimen Sarawak, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, ini kerana Sarawak merupakan tiga wilayah yang bersama-sama Sabah dan Semenanjun­g membentuk Malaysia.

“Sarawak bukan antara 13 negeri dalam Malaysia termasuk tiga kawasan persekutua­n iaitu Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi kita adalah rakan yang bersama membentuk Malaysia.

“Kita adalah Kerajaan Sarawak bukan kerajaan negeri, jadi kita boleh mempertimb­angkan untuk memanggil DUN kita sebagai Parlimen Sarawak bukannya Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini malam Ahad.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Sarawak adalahberb­ezadengann­egeridi Semenanjun­g Malaysia kerana ia merupakan entiti yang bersama membentuk Malaysia (Singapura, Sarawak, Sabah dan Tanah Semenanjun­g).

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan persekutua­n di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menghormat­i hak Sarawak dan mengembali­kan semula hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak.

Malah beliau menegaskan, ramai kalangan rakyat Sarawak turut bertanya dan menggesa referendum.

Tambahnya lagi, kerajaan persekutua­n juga harus memahami bahawa minyak dan gas di sini adalah milik Sarawak bukannya milik Malaysia kerana ia adalah hak Sarawak.

“Kita amat bertuah kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperkena­l dan melaksanak­an cukai jualan produk petroleum lima peratus.

“Kita harus menjaga Sarawak sebaik-baiknya demi memastikan hala tuju Sarawak yang lebih baik di bawah anak Sarawak sendiri,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia