Utusan Borneo (Sabah)

pengacara Anugerah Grammy 2019

-

PENYANYI dan juga penulis lagu Alicia Keys mengumumka­n pada Selasa lepas yang dia akan menjadi hos acara Grammy Awards pada bulan depan, setahun selepas gala itu dikritik berhubung isu kepelbagai­an.

Keys – yang pernah memenangi anugerah Grammy sebanyak 15 kali – akan menjadi pengacara untuk malam terbesar dalam dunia muzik, yang pada tahun ini memaparkan pelbagai jenis wanita dan artis hip hop sebagai calon-calon utama.

“Saya tahu bagaimana rasanya berada di atas pentas itu, dan saya tahu bagaimana rasanya untuk rasa bangga dengan usaha yang kita berikan dan diiktiraf kerananya,” kata Keys dalam video yang dipaparkan dalam media sosial.

“Saya rasa bahawa ia adalah peluang yang amat baik sekali bagi saya untuk memberi balik cahaya itu dan mengangkat orang lain – terutamany­a semua wanita muda yang dicalonkan,” ujarnya.

“Bagi saya, ia rasa seperti tenaga wanita.”

Keys menggantik­an James Corden, pelawak larut malam British yang menjadi hos bagi anugerah itu sejak dua tahun lepas.

Sejak mengeluark­an album blockbuste­r ‘Songs in A Minor’ pada 2001, Keys, seorang pemain piano yang menerima latihan klasikal, sudah menjual lebih 30 juta rekod dan menjadi seorang penerbit filem, televisyen dan Broadway yang berjaya.

Dia dilantik sebagai hos Grammy selepas Recording Academy – yang menganjurk­an acara itu – berdepan dengan kritikan bahawa acara itu sentiasa bersifat terlalu lelaki dan terlalu putih.

Ketua Akademi Neil Portnow berkata pada Mei lalu bahawa dia akan berundur selepas kontraknya tamat pada hujung tahun ini, setelah dia mencetuska­n kemarahan apabila dia menyatakan artis wanita harus “melangkah ke hadapan”.

“Alicia Keys, seorang artis yang dinamik dengan kombinasi bakat bersejarah dan minat mendalam kepada kesenianny­a yang unik, merupakan pilihan paling baik sebagai hos bagi acara kami,” Portnow menyebut dalam satu kenyataan.

Bintang rap Kendrick Lamar mendahului caloncalon Grammy dengan lapan pencalonan, didorong khususnya oleh kerjanya dalam runut bunyi ‘Black Panther’.

Penghibur wanita turut ramai dalam beberapa kategori utama selepas umumnya diketepika­n setahun lalu.

Penyanyi rap

Lady Gaga dan Brandi menerima penting yang akan pada 10 di Los

— AFP

 ??  ?? Cardi B, diva pop penyanyi ‘folkrock’ Carlile semua pencalonan di acara itu, berlangsun­g Februari Angeles.
Cardi B, diva pop penyanyi ‘folkrock’ Carlile semua pencalonan di acara itu, berlangsun­g Februari Angeles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia