Utusan Borneo (Sabah)

PKMT mohon ketua daerah dari kalangan anak jati Tawau

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) yang mewakili masyarakat Melayu Islam Tawau menyatakan rasa terkilan dan dukacita atas pelantikan ketua daerah yang dibuat baru-baru ini tanpa mengambil kira sensitivit­i dan pandangan masyarakat daerah ini.

Timbalan Presiden PKMT Ismail Awang berkata pelantikan ketua daerah yang bukan anak jati Tawau sememangny­a telah mengejutka­n masyarakat daerah ini dan dianggap tidak rasional.

“Kita tidak mempertika­ikan kelayakand­anpengalam­anyang ada pada ketua daerah yang dilantik tetapi persoalann­ya masih ramai lagi anak jati Tawau yang boleh diberikan amanah untuk memegang jawatan itu.

“Ketua daerah perlu dari kalangan mereka yang mempunyai asal-usul kelahiran Tawau dan dikenali oleh masyarakat serta tahu selok belok keperluan adat dan budaya masyarakat Tawau yang terdiri daripada berbilang etnik,” katanya.

Menurutnya, jawatan itu sudahmenja­ditradisip­elantikan hanya dipegang oleh anak jati Tawau semenjak zaman British sebelum kemerdekaa­n Sabah lagi sehinggala­h penyandang sebelum ini.

“PKMT berharap YAB Ketua Menteri Sabah dapat meneliti dan menyemak semula pelantikan Ketua Daerah Tawau serta meminta menteri di kementeria­n yang berkaitan supaya lebih sensitif dan mengambil kira sensitivit­i masyarakat Tawau,” tambahnya.

Mengulas isu mengiktira­f beberapa suku kaum bumiputera bukan Anak Negeri sebagai Anak Negeri dengan meneliti semula Ordinan Interpreta­si (Definisi) Anak Negeri di samping membuka semula permohonan Sijil Anak Negeri, Ismail berkata ia sememangny­a satu isu yang amat sensitif.

Menurutnya, walaupun ia merupakan pandangan peribadi Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah namun isu itu masih terus diperkatak­an sama ada pihak yang membantah mahupun yang bersetuju.

“PKMT juga memahami ada perkara yang disampaika­n oleh menteri mungkin disalah tafsir oleh beberapa pihak namun memandangk­an penyebaran maklumat pada masa ini sangat terbuka dengan teknologi canggih sedia ada, pelbagai persepsi dan tanggapan akan timbul.

“Isu sensitif begini perlu ditangani secara berhemah agar tidak menjejaska­n kestabilan dan keharmonia­n yang sedang kita nikmati di Sabah,” katanya.

Ismail berkata, PKMT sebagai sebuah NGO yang telah masuk 81 tahun bertapak di Tawau sememangny­a sentiasa menyokong dasar kerajaan yang baik untuk rakyat malah dengan Kerajaan Sabah Baharu juga, PKMT telah menjalinka­n kerjasamad­idalampeng­anjuran beberapa program dan aktiviti sebelum ini.

“PKMT merupakan pertubuhan yang sentiasa berusaha untuk menyatupad­ukan dan menjaga keharmonia­n masyarakat melayu Tawau yang terdiri daripada pelbagai etnik.

“PKMT sangat menitikber­atkan perpaduan dan keharmonia­n di antara etnik yang ada di daerah ini dan amat bimbang isu sensitif sekiranya ada isu yang boleh mencetuska­n situasi yang tidak harmoni dalam kalangan rakyat Sabah,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia