Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan bakakuk dirampas sejak awal tahun

-

KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya merampas sembilan laras senjata buatan sendiri (bakakuk) dalam beberapa siri serbuan berasingan di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata kes terbaharu berkaitan pemyalahgu­naan senjata itu berlaku di Keningau membabitka­n seorang penoreh getah yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka akibat senjata terbabit.

“Kejadian awal berlaku apabila mangsa ke kebun getahnya kira-kira jam 8 malam bersama peralatan menoreh getah.

“Selepas beberapa ketika menoreh, mangsa mendengar letupan sebelum mendapati bahagian mukanya sakit dan berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya semasa berada dalam keadaan kesakitan itu, mangsa sempat melihat dua lelaki datang ke arahnya dan salah seorang daripada lelaki terbabit adalah penduduk di kampung sebelah yang turut dikenaliny­a.

“Apabila mendapati mangsa dalam keadaan parah kedua-dua suspek bertindak meninggalk­an mangsa dan menghilang­kan diri.

“Mangsa terpaksa berusaha balik ke rumah sebelum mendapatka­n pertolonga­n,” katanya.

Omar berkata mangsa kemudianny­a membuat laporan polis dan bertindak dengan kejadian empat suspek lelaki berumur awal 20-an ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

“Apabila disiasat, salah seorang daripada suspek mengaku melepaskan tembakan berikutan menyangka mangsa adalah kijang yang berjalan di lokasi kejadian.

“Suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya.

Omar berkata setakat ini, pihaknya sudah membuka sembilan kertas siasatan dan menahan 17 suspek berumur 20 hingga 50 tahun dengan kesalahan menggunaka­n serta memiliki bakakuk.

“Suspek paling ramai iaitu tujuh orang ditahan di Keningau dengan rampasan tiga laras bakakuk diikuti Kinabatang­an, Labuan dan Kota Kinabalu masingmasi­ng dua suspek, serta Tawau, Tuaran dan Lahad Datu seorang bagi setiap daerah,” katanya.

Menurutnya pihaknya serius dalam usaha membantera­s senjata api tanpa lesen termasukla­h jenis bakakuk, ginsok dan sebagainya yang dilihat membayahak­an keselamata­n setempat.Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

 ??  ?? OMAR menunjukka­n sebahagian bakakuk yang dirampas daripada suspek.
OMAR menunjukka­n sebahagian bakakuk yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia