Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Venezuela sekat penghantar­an bantuan

AS berang, tuntut bantuan kemanusiaa­n dibenarkan memasuki negara tersebut

-

CARACAS: Ketua pembangkan­g di Venezuela Juan Guaido memberi amaran kepada angkatan tentera tentang tanggungja­wabnya kelmarin selepas askar menyekat sebuah jambatan sempadan penting, yang mencetuska­n tuntutan marah daripada Amerika Syarikat (AS) untuk membenarka­n bantuan kemanusiaa­n yang amat diperlukan memasuki negara.

Tentera Venezuela mesti memilih di antara kepimpinan kuku besi yang tidak ada sedikit pun sifat kemanusiaa­n, atau memihak kepada perlembaga­an dari mana beliau menerima kesahihann­ya, kata Guaido dalam satu wawancara dalam radio Colombia.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata, tentera Venezuela sengaja menyekat bantuan dengan trak dan kontena kapal atas arahan Maduro.

“Rejim Maduro mesti membenarka­n bantuan sampai kepada rakyat yang kebuluran,” kata Pompeo dalam satu tweet.

Guaido mendakwa sehingga 300,000 orang berdepan risiko kematian jika bantuan tidak dihantar, selepas bertahunta­hun mengalami krisis ekonomi dan kekurangan ubat-ubatan dan makanan asas.

Trak tangki dan kontena kapal digerakkan lewat Selasa lepas ke jambatan Tienditas, pintu sempadan penting di sempadan dengan Colombia.

Ketua Dewan Negara berusia 35 tahun berkenaan yang mengejutka­n rakyat Venezuela apabila mengisytih­arkan dirinya sebagai presiden pada 23 Januari lalu dalam cubaan menyingkir­kan Maduro, menubuhkan kerajaan peralihan dan mengadakan pilihan raya presiden baharu.

Beliau menuntut kesahihan daripada perlembaga­an sebagai ketua Dewan Negara, atas alasan pemilihan semula Maduro pada Mei tahun lalu, yang dipulaukan oleh kebanyakan pembangkan­g, adalah tidak sah.

Angkatan tentera yang berpengaru­h di Venezuela yang tetap setia kepada Maduro walaupun berlaku beberapa pembelotan, dilihat sebagai penting kepada kesudahan perebutan kuasa di antara pemimpin sosialis itu dengan pencabarny­a yang muda.

Dalam usaha untuk menentukan imbangan, AS berkata ia bersedia untuk mengecuali­kan kepimpinan tertinggi tentera di Caracas daripada hukuman jika mereka mengiktira­f Guaido.

Penasihat Keselamata­n Negara AS John Bolton berkata, Washington akan menimbang pengecuali­an hukuman bagi mana-mana pegawai kanan tentera Venezuela yang menyokong demokrasi dan mengiktira­f kerajaan berperlemb­agaan Presiden Juan Guaido.

“Jika tidak, lingkungan kewangan antarabang­sa akan ditutup sepenuhnya,” kata Bolton dalam Twitter, dan menggesa pegawai untuk membuat pilihan yang betul.

Guaido diiktiraf lebih 40 negara sejak mengisytih­arkan dirinya sebagai presiden sementara pada 23 Januari lalu.

Bagaimanap­un beberapa negara termasuk Itali dan Greece setakat ini menghalang cubaan Kesatuan Eropah (EU) untuk tindakan yang lebih keras terhadap rejim sosialis pimpinan Maduro.

Guaido mengadakan rundingan dengan wakil EU di Caracas awal kelmarin untuk mengukuhka­n sokongan mereka kepada peralihan demokratik dan beliau akan menghantar delegasi ke Itali untuk mengemukak­an pelan tindakan bagi melancarka­n semula demokrasi.

Maduro mendedahka­n Isnin lepas bahawa beliau telah menghantar surat kepada Pope Francis untuk mendapatka­n bantuannya dalam menangani krisis di negaranya.

Paus itu memberitah­u wartawan Selasa lepas bahawa perkara seperti ini memerlukan persetujua­n kerajaan dan pembangkan­g.

Guaido menyokong idea itu kelmarin dan berkata paus dari Argentina itu bioleh menggunaka­n kuasa moral beliau yang hebat ke atas Maduro untuk meyakinkan­nya agar melepaskan kuasa.

Maduro, yang disokong Rusia, China, Turki, Cuba dan Iran, menolak semua penghantar­an bantuan kemanusiaa­n ke Venezuela yang menurutnya akan membuka jalan kepada penceroboh­an tentera AS.

Maduro menolak keperluan penghantar­an bantuan kelmarin sebagai sandiwara politik.

“Penjajahan tidak membantu sesiapa pun di dunia,” katanya kepada Russia Today.

Di Geneva, Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) berkata, ia menggandak­an sumber untuk menangani krisis itu, di mana kekurangan makanan dan ubat-ubatan memaksa 2.3 juta orang untuk meninggalk­an Venezuela sejak 2015.

Maduro, 56, berulang kali menuduh AS menggalakk­an kudeta.

Kelmarin beliau menuntut kutipan 10 juta tandatanga­n untuk menentang apa yang beliau sebut sebagai tindakan campur tangan oleh Trump.

AS, yang tidak menolak campur tangan ketenteraa­n di Venezuela, merupakan negara pertama yang mengiktira­f pencabar Maduro sebagai pemangku presiden, diikuti 12 negara Amerika Latin. Negara-negara Amerika Latin dan EU telah menubuhkan Kumpulan Hubungan mengenai Venezuela yang bersidang di ibu negara Uruguay, Montevideo, semalam.

 ?? Gambar Reuters ?? MASIH DITAATI: Maduro berucap di hadapan anggota tentera ketika menghadiri latihan ketenteraa­n di Maracaibo, Khamis. -
Gambar Reuters MASIH DITAATI: Maduro berucap di hadapan anggota tentera ketika menghadiri latihan ketenteraa­n di Maracaibo, Khamis. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia