Utusan Borneo (Sabah)

Dr Rayong sumbang kerusi roda kepada mangsa kemalangan

-

ENGKILILI: Terukir senyuman di wajah Robin Enchana, 33, selepas impiannya untuk bebas bergerak tercapai dengan pemberian sebuah kerusi roda yang sangat diimpikann­ya.

Kerusi roda tersebut adalah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang prihatin dengan keadaan Robin yang terpaksa bergantung kepada bantuan ahli keluarga untuk bergerak selepas kakinya patah dalam kemalangan tiga minggu lalu.

Penyerahan kerusi roda tersebut disampaika­n pembantu khas Dr Rayong iaitu Nancy Rangkung bersama rombongan Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) Bahagian Engkilili di Rumah Langkop, Marub baru-baru ini.

Pemuda PSB yang sebelum ini dikenali Parti Rakyat Bersatu (UPP) cukup dikenali kerana segera turun padang memberi bantuan yang termampu sebelum bantuan daripada agensi kerajaan tiba.

Jurucakap Pemuda PSB Melo Agan berkata, bantuan yang disalurkan tidak mengira fahaman politik dan batasan bangsa selagi mereka memerlukan bantuan dan termampu dilakukan pihaknya.

“Malang memang tidak berbau namun kami sebagai tiang sokongan kepada YB Johnical akan segera memberi tindak balas segera sebelum ketibaan bantuan daripada agensi kerajaan serta bantuan susulan terutama daripada wakil rakyat kami,” ujarnya kepada Utusan Borneo.

“Sebelum ini kami dua malam menghadiri majlis berkabung Kapitan Lim Siat Min yang meninggal dunia di susuli pagi ini menyerahka­n kerusi roda kepada saudara Robin,” katanya.

Dalam pada itu, Robin melahirkan penghargaa­n dan terimakasi­hkepadaDrR­ayong yang menyumbang­kan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan­nya.

“Tiada kata-kata yang mampu diluahkan selain ucapan terima kasih kepada (YB) Dr Rayong yang menyumbang kerusi roda ini.

“Saya hargainya dan berterima kasih kepada sumbangan ini,” katanya penuh terharu.

Robin yang bekerja sendiri sebelum ini terlibat kemalangan menyebabka­n dia tidak dapat bekerja untuk tempoh panjang susulan kakinya patah.

Hadir sama menyampaik­an kerusi roda itu ialah Pengerusi Persatuan Tuai-Tuai Rumah Zon Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu, Nancy Rangkung dan beberapa ahli Pemuda PSB Bahagian Engkilili.

 ??  ?? ROBIN (duduk, berkerusi roda) bergambar bersama Nancy (belakang) dan Pemuda PSB pada penyerahan ringkas di Engkilili.
ROBIN (duduk, berkerusi roda) bergambar bersama Nancy (belakang) dan Pemuda PSB pada penyerahan ringkas di Engkilili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia