Utusan Borneo (Sabah)

Michael Ang dalam drama ‘Titi Kayu’ sempena Tahun Baru Cina

-

SEMPENA Tahun Baharu Cina ini, Michael Ang mempunyai satu misi untuk membina titi kayu di kampungnya. Berjayakah pengarah itu merealisas­ikan misinya?

Semua itu dapat dilihat dalam drama ‘Titi Kayu’ yang dibawakan khas untuk penonton setia TV3 bersempena Tahun Baharu Cina menerusi slot Cerekarama, esok (9 Februari), jam 9 malam.

Drama ini mengisahka­n Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritiny­a orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.

Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampira­n namun dipisahkan dengan sebatang sungai.

Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunaka­n jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.

Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberan­gi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunaka­n laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatka­n rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.

Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.

Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?

Untuk mengetahui kesudahann­ya, jangan lupa untuk menonton drama ini esok hanya di TV3.

Selain Michael Ang, drama ini turut dibintangi oleh Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat dan adik Syed Ali.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia