Utusan Borneo (Sabah)

JKDM Sabah sita rokok seludup bernilai hampir RM100, 000

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita rokok seludup pelbagai jenama bernilai hampir RM100, 000 dengan jumlah cukai keseluruha­n RM786, 000.

Penyitaan itu dijalankan hasil daripada pemeriksaa­n terhadap sebuah rumah tidak bernombor di Kg Bubul Laut Semporna, kira-kira jam 2.30 petang pada 1 Februari.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Madrim Tasan berkata turut ditahan, suspek, 36, yang mengaku bertanggun­gjawab terhadap pemilikan barang kes.

“Suspek, lelaki warga asing ditahan ketika memikul bungkusan-bungkusan rokok terbabit,” katanya, dalam sidang media di Wisma Kastam Tawau di sini pada Jumaat.

Madrim berkata kesemua rokok terbabit disyaki barang larangan yang ditemui di kawasan garaj rumah berkenaan dan dibawa ke Pejabat Kastam untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rokok-rokok itu tidak mempunyai dakwat keselamata­n dan setem hasil malah tidak mempunyai amaran Kementeria­n Kesihatan.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, iaitu, dengan sedar memiliki barang tidak berkastam dan boleh dihukum menerusi Seksyen 135 (1) (v) (a) akta sama,” katanya.

Mengulas lanjut, risikan Cawangan Risikan juga mengambil masa sehingga lebih seminggu sebelum maklumat disalurkan untuk tindakan susulan Unit Penguatkua­saan.

Bagaimanap­un, ketika ditanya sumber bekalan rokok terbabit, beliau berkata setakat ini pihaknya belum dapat memberikan pengesahan lokasi asal penyeludup­an terbabit.

 ??  ?? MADRIM (tengah) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n kepada media hasil rampasan yang dilakukan pasukannya di Kg Bubul Laut Semporna.
MADRIM (tengah) bersama pegawai-pegawainya menunjukka­n kepada media hasil rampasan yang dilakukan pasukannya di Kg Bubul Laut Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia