Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk 56 rumah di Kg Bukit Kukusan enggan berpindah

Penduduk 56 rumah di Kg Bukit Kukusan enggan berpindah

-

TAWAU: Kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesai­an terbaik berhubung keengganan penduduk di 56 rumah Kampung Bukit Kukusan di Tawau berpindah selepas dikhuatiri batu bongkah seberat 2,000 tan metrik jatuh dari lereng bukit dan menimpa rumah pada bilabila masa.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penyelesai­an itu perlu termasuk mengambil kira keselesaan penduduk berkenaan.

“Keselamata­n perlu diutamakan, tidak ada ertinya penduduk tidak mahu pindah kalau kawasan itu tidak selamat.

“Kerajaan sanggup melihat lokasi yang sesuai untuk membolehka­n mereka ditempatka­n,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina bersama komuniti Cina di sini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas keengganan penduduk berpindah walaupun notis sebulan mengosongk­an rumah dan roboh sudah dikeluarka­n Jabatan Perhutanan Sabah, selain menolak saranan Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Merotai Sarifuddin Hata agar pindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Merotai kerana bimbang keselamata­n penduduk.

Dalampadai­tu,MohdShafie meminta agar Sarifuddin dapat menangani perkara tersebut dengan baik.

Mohd Shafie turut berharap dan berdoa supaya tiada kejadian yang tidak baik berlaku di kawasan terbabit.

Sebelum ini notis pengosonga­n terpaksa dikeluarka­n Jabatan Perhutanan Sabah kepada 56 rumah atas sebab keselamata­n keranaruma­htersebutt­erletak dalam zon merah selepas Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan terdapat gegaran gempa setiap hari di bukit berkenaan.

Perkampung­an Kampung Kukusan tersebut terletak di kawasan Hutan Simpan Kelas 2, Jabatan Perhutanan Sabah. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SHAFIE bersama para tetamu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina dan Parti Warisan dari kalangan masyarakat Cina Semporna malam Khamis. Kelihatan Datuk Seri Mohd Shafie (empat, kiri) bersama Jawatankua­sa Penganjur Makan Malam sempena Tahun Baru Cina daerah Semporna. Turut kelihatan Isterinya, Datin Seri Suriyani Shueb ( lima, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong. -
Gambar BERNAMA SHAFIE bersama para tetamu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Cina dan Parti Warisan dari kalangan masyarakat Cina Semporna malam Khamis. Kelihatan Datuk Seri Mohd Shafie (empat, kiri) bersama Jawatankua­sa Penganjur Makan Malam sempena Tahun Baru Cina daerah Semporna. Turut kelihatan Isterinya, Datin Seri Suriyani Shueb ( lima, kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia