Utusan Borneo (Sabah)

2,372 tenggiling beku bernilai hampir RM34 juta dirampas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Kegiatan sekumpulan sindiket penyeludup­an tenggiling sejak tujuh tahun lalu terbongkar apabila pihak polis berjaya merampas 61 tenggiling hidup dan 2,372 tenggiling beku bernilai hampir RM34 juta di dua lokasi berbeza di Sepanggar dan Tamparuli.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, tangkapan dan rampasan berjaya dilakukan apabila sepasukan anggota polis dan Jabatan Hidupan Liar menyerbu sebuah kilang di KKIP Selatan Jalan Sepanggar Manggatal jam 8.46 malam Khamis.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kilang yang diserbu menjalanka­n kegiatan penyeludup­an dan pemprosesa­n daging serta kulit binatang dilindungi iaitu tenggiling.

“Semasa serbuan dijalankan kita menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun bersama sebuah kenderaan yang menyimpan 35 tenggiling hidup dan dua karung plastik berisi sisik tenggiling,” katanya.

Menurutnya penahanan berkenaan kemudianny­a membawa pasukan serbuan ke sebuah gudang penyimpana­n di Kampung Bontoi

Jalan Tamparuli sebelum menemukan tiga kontena bersaiz besar seluas 20X8 kaki persegi.

“Sebaik digeledah, kita menemukan 1,800 tenggiling beku, dua kaki haiwan dipercayai beruang, empat bangkai keluang bakau, serta beberapa peralatan yang digunakan untuk menyimpan serta membungkus daging serta kulit tenggiling.

“Kesemua 61 ekor tenggiling hidup, 572 tenggiling beku, sisik tenggiling, 1800 kotak daging tenggiling, kaki beruang, bangkai keluang bakau, kereta sedan, van, telefon bimbit, lapan peti sejuk beku, serta peralatan kilang dianggarka­n bernilai RM8, 400, 000,” katanya.

Katanya, suspek yang ditahan adalah pengurus kilang yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan suspek dipercayai mendapatka­n bekalan tenggiling dari pemburu haram tempatan.

Tambahnya, suspek kemudian mengumpulk­an tenggiling ke kilang untuk diproses oleh pekerja kilang sebelum dibungkus dan dikotakkan untuk dihantar ke gudang di Kampung Bontoi Tamparuli.

“Kesemua daging serta sisik tenggiling akan dipasarkan ke pasaran tempatan serta Sarawak,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di gudang penyimpana­n daging tenggiling secara haram di Kampung Bontoi Tamparuli pada Sabtu.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji dan Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail.

 ??  ?? OMAR (kanan) memegang daging tenggiling beku yang disimpan di dalam peti sejuk beku di gudang Kampung Bontoi Tamparuli. Turut kelihatan Augustine (tengah), Habibi (dua kanan) dan Dzulbahari­n (kiri).
OMAR (kanan) memegang daging tenggiling beku yang disimpan di dalam peti sejuk beku di gudang Kampung Bontoi Tamparuli. Turut kelihatan Augustine (tengah), Habibi (dua kanan) dan Dzulbahari­n (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia