Utusan Borneo (Sabah)

Pemerintah Indonesia terus dukung kebebasan media

-

SURABAYA: Presiden Indonesia Joko Widodo, yang akan mempertaha­nkan jawatannya pada pilihan raya Presiden 2019 April ini, memberi jaminan mendokong kebebasan media di negara itu.

“Pemerintah menjamin prinsip kemerdekaa­n pers dan kebebasan berpendapa­t, yang dipandu tanggung jawab moral, kebebasan yang beretika,” katanya ketika berucap pada Hari Pers Nasional (HPN) 2019 di sini.

Sambutan HPN 2019 turut mengundang Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab, dan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia yang diketuai Presidenny­a Datuk Zulkefli Salleh.

Zulkefli berkata Iswami meneruskan tradisi penyertaan mereka di HPN, yang disifatkan satu penghormat­an kepada media Malaysia untuk turut serta di sambutan itu.

“Iswami menerusi kerjasama bersama Iswami Indonesia yang diketuai ketuanya, Asro Kamal Rokan serta persatuan dan dewan dewan media di Indonesia,” katanya.

HPN 2019 dianjurkan bersama pengamal media di Indonesia yang terdiri daripada PWI, Dewan Pers Indonesia, Serikat Penerbit Surat Kabar (SPS), Asosiasi Televisi Swasta Indonesia (ATVSI), Asosiasi Televisi Lokal Indonesia (ATVLI), Persatuan Radio Siaran Swasta Nasional Indonesia (PRSSNI), dan Persatuan Perusahaan Periklanan Indonesia (PPPI).

Asro Kamal Rokan berkata HPN disifatkan perayaan kedua terbesar di Indonesia selepas Aidilfitri kerana ia mendapat komitmen penuh pemerintah, para pengamal media, penyertaan swasta, tokoh tokoh korporat dan akademik, duta duta luar di Indonesia dan penyertaan rakyat setempat.

Industri media di Indonesia bermula pada 1937 menerusi penubuhan agensi berita ANTARA pada 13 Dis 1937, dan media di negara jajahan Belanda itu terus berkembang dan bercambah dalam menyalurka­n aspirasi rakyat membangkit­kan perjuangan kemerdekaa­n dan pengisian kemerdekaa­n.

Simbolik kepada penghargaa­n itu, tanggal 9 Feb diumumkan sebagai Hari Pers Nasional oleh Presiden Indonesia ketika itu, Presiden Soeharto pada 1985.-Bernama.

 ??  ?? KELIHATAN Zakaria (kiri) dan Zulkifli (tiga kanan) bergambar dengan sebahagian delegasi Malaysia yang menghadiri HPN 2019 di kota Surabaya. Turut kelihatan Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui (empat kanan).
KELIHATAN Zakaria (kiri) dan Zulkifli (tiga kanan) bergambar dengan sebahagian delegasi Malaysia yang menghadiri HPN 2019 di kota Surabaya. Turut kelihatan Ketua Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia