Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n SRC Najib bermula Selasa

-

KUALA LUMPUR: Pada Selasa, seperti yang ditetapkan sebelum ini, Mahkamah Tinggi di sini dijangka memulakan pendengara­n kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak, perdana menteri Malaysia pertama yang berhadapan berpuluhpu­luh tuduhan berhubung pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah (CBT) dan rasuah.

Tuduhan di mahkamah terhadap Najib, 66, Perdana Menteri keenam dari April 2009 hingga Mei 2018, menarik perhatian seluruh dunia setelah kesnya digambarka­n sebagai “skandal kleptokras­i paling buruk” dan tuduhan berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), yang mendapat perhatian hangat daripada masyarakat umum dan antarabang­sa, menyebabka­n pelbagai spekulasi dan ada yang terpaku oleh kes itu.

Sehingga Jumaat, Najib telah didakwa di mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah. Najib, yang juga bekas presiden Umno, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Najib, yang merupakan Anggota Parlimen Pekan, pertama kali dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 untuk menghadapi tiga tuduhan CBT dan salah satu penyalahgu­naan kuasa berhubung dengan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada ketika itu dibanjiri media tempatan dan antarabang­sa kerana tidak mahu ketinggala­n untuk mengambil gambar dan mendapatka­n berita Najib kerana ia akan menjadi perbicaraa­n bersejarah di negara ini, yang mendapat perhatian semua pihak..

Pada 8 Ogos, beliau didakwa lagi di Mahkamah Sesyen terhadap tiga tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah dana yang sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menetapkan 33 hari dari 12 Feb hingga 28

Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraa­n tujuh tuduhan terhadap Najib yang melibatkan dana SRC Internatio­nal.

Walaupun terdapat percubaan oleh pasukan pembelaan Najib yang diketuai peguam Tan

Sri Muhammad Shafee Abdulah supaya perbicaraa­n ditangguhk­an sementara menunggu rayuan Najib terhadap sijil pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tommy Thomas pada 7 Februari memberitah­u hakim bahawa pendakwaan sudah bersedia untuk memulakan kes pendakwaan pada 12 Feb. - Bernama

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia