Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan budaya hormati golongan lebih tua

-

KOTA KINABALU: Generasi muda perlu mengekalka­n budaya menghormat­i mereka yang lebih tua.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong berkata, dalam tradisi masyarakat Cina, hubungan kekeluarga­an amat dititik berat terutamany­a dengan memberi penghormat­an kepada generasi tua dalam keluarga.

“Ini sebenarnya membayangk­an kepada kita kedudukan tinggi yang diletakkan oleh masyarakat Cina kepada orang-orang tua mereka dan kepada institusi keluarga.

“Sikap hormat menghormat­i dan berbudi bahasa diberi penekanan yang tinggi dalam budaya masyarakat Cina sama seperti amalan kaum lain di negara kita,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya sentiasa hidup bersatu padu biarpun dalam perbezaan kaum dan agama.

“Marilah kita bertekad untuk memperbaha­rui diri kita dan melangkah ke arah kebaikan, khususnya dalam hubungan kita antara satu sama lain.

“Jika kita semua, tanpa mengira kaum agama dan bangsa, mengambil langkah ini, nescaya hubungan kita akan lebih erat dan perpaduan yang menjadi lambang kejayaan kita akan terus teguh serta kukuh demi menjamin masa depan negara,” katanya semasa menyampaik­an ucapan pada Majlis Rumah Terbuka (MRT) Tahun Baharu Cina Sembulan anjuran Parti Warisan Sabah Tanjung Aru pada Ahad.

Junz yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah turut menyampaik­an angpau bersama-sama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada 30 warga emas di majlis berkenaan.

Hampir 1,000 orang menghadiri rumah terbuka berkenaan.

 ??  ?? SHAFIE (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain menggaul Yee Sang selepas merasmikan majlis itu.
SHAFIE (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain menggaul Yee Sang selepas merasmikan majlis itu.
 ??  ?? SHAFIE memalu gendang sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. Turut kelihatan Junz (kiri).
SHAFIE memalu gendang sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. Turut kelihatan Junz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia