Utusan Borneo (Sabah)

13 suspek dadah ditahan dalam Ops Sarang

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Polis memberkas 13 individu termasuk dua wanita dalam Ops Sarang membabitka­n serbuan di kawasan Likas dan Inanam, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, turut dirampas tiga paket plastik berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.

Menurutnya, dadah seberat 10.71 gram itu dianggarka­n memiliki nilai pasaran berjumlah RM1,600.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 14 hingga 60 tahun dan operasi dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang Sabtu.

“Kawasan serbuan melibatkan Kampung Bakau Likas dan Lembaga Padi Inanam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, seramai tujuh suspek termasuk dua tangkapan wanita disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala empat lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 39 (A)(1) dan Seksyen 12 (2) ADB 1952.

Katanya, dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Habibi berkata, sepanjang tempoh seminggu bermula 2 hingga 8 Februari 2019, pihaknya berjaya menahan seramai 47 suspek yang terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah.

“Sebanyak 9.3 gram dadah dengan anggaran nilai RM1,395 dirampas sepanjang tempoh berkenaan.

“Kesemua tangkapan membabitka­n seramai 34 warga tempatan dan 13 warga asing dalam lingkungan umur 15 hingga 50 tahun,” jelasnya.

Beliau berkata, tangkapan yang dibuat melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952.

Menurutnya, usaha membantera­s kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di kawasan bandaraya akan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? TANGKAPAN dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n dan siasatan lanjut.
TANGKAPAN dikumpulka­n untuk pemeriksaa­n dan siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia