Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan dapatkan maklumat rakyat Sabah ditahan di Kemboja

Berkaitan kes rakyat Sabah ditahan di Kemboja

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang mendapatka­n maklumat sebenar mengenai 47 warga Malaysia yang mana sebahagian­nya adalah rakyat Sabah ditahan di penjara Poipet, Kemboja sejak 11 Disember lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau akan berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mencari jalan membawa mereka balik.

“Pertama, saya perlu mendapatka­n maklumat terperinci mengenai mengapa mereka ditahan, di mana dan sebagainya.

“Kemudian kita akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa mereka balik ke sini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar 2019, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, sekiranya

“Pertama, saya perlu mendapatka­n maklumat terperinci mengenai mengapa mereka ditahan, di ” mana dan sebagainya. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

kes seumpamany­a berlaku, tindakan yang diambil kerajaan adalah bekerjasam­a dengan Kementeria­n Luar Negeri dan seterusnya berhubung dengan negara yang terlibat untuk menyelesai­kan perkara itu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri telah menerima sebarang maklumat mengenai perkara itu, Shafie berkata maklumat mengenainy­a belum diterima.

Baru-baru ini, laporan berita menyatakan terdapat seramai 47 warganegar­a Malaysia terdiri 44 dari Sarawak dan selebihnya dipercayai dari Sabah telah ditipu untuk bekerja di Kemboja.

Mereka dijanji peluang pekerjaan dengan gaji lumayan, bagaimanap­un menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia antarabang­sa yang kemudianny­a ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian atas talian.

Mereka masih belum didakwa dalam mahkamah negara berkenaan tetapi mengikut undang-undang Kemboja, mereka boleh ditahan tanpa perbicaraa­n sehingga tiga tahun.

Dalam ucapannya, Shafie sekali lagi mengingatk­an bahawa tempoh berpolitik sudah berakhir, semua pihak perlu bersatu untuk bersamasam­a membangunk­an negeri Sabah.

“Saya berharap masyarakat Tionghua boleh memainkan peranan yang lebih penting dalam pembanguna­n negeri Sabah.

“Bagaimanap­un, pembanguna­n yang dicapai perlulah seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar, selain memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk maju bersama,” katanya.

Menurutnya, komuniti yang sudah mencapai kekayaan harus membantu rakyat yang miskin, tidak ada guna sekiranya wujud ketidaksei­mbangan dalam pembanguna­n negeri.

Shafie juga ingin melihat setiap daerah terpencil dalam negeri ini dapat dibangunka­n bersama-sama.

“Saya tahu ada kampung yang tidak ada bekalan elektrik dan air...ada juga masyarakat Tionghua yang miskin tinggal di negeri ini.

“Saya memohon kepada semua tauke, taiko...bantu saya untuk bangunkan Sabah dan pastikan golongan miskin di negeri ini mendapat faedah daripada keuntungan perniagaan yang anda perolehi,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialahTimba­lanKetuaMe­nteri Datuk Dr Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong.

 ??  ?? SHAFIE (tengah), Jaujan (kanan), Christina (tiga dari kiri), Azis (dua dari kiri) serta tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan gimik perasmian.
SHAFIE (tengah), Jaujan (kanan), Christina (tiga dari kiri), Azis (dua dari kiri) serta tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia