Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Melangkap terima tempias rezeki eko pelanconga­n

Komuniti Melangkap jana pendapatan melalui pertanian dan inap desa

-

MENGHAYATI

panorama kebun sayur di lereng perbukitan pada waktu pagi, yang tumbuh bersama daunan herba liar serta pokok buahan, sudah pasti sesuatu yang menyeronok­kan.

Apatah lagi sayur yang segar dapat dibeli pada harga yang murah lantas terus dimasak dan dinikmati bersama lauk ikan, sambal tuhau dan nasi panas, pasti sangat menyelerak­an.

Bertemu dengan pekebun yang terdiri daripada para ibu ini sedikit sebanyak menjentik rasa kagum kerana dalam usia 88 tahun, masih ada yang gigih bekerja.

Kawasan perbukitan di Melangkap Tiong, Kota Belud ini terletak hanya di belakang eko pelanconga­n Nohutu, yang merupakan milik pesara bernama Sukibin Samporoh dan isterinya Loraine Sariau.

Melihat peningkata­n jumlah eko pelanconga­n yang wujud di Mukim Melangkap, secara tidak langsung turut memberi tempias dan menjadi punca rezeki kepada golongan ini dan juga penduduk tempatan.

Seperti para ibu di perbukitan tadi, mereka hanya diberi sebidang tanah untuk diusahakan tanpa bayaran, cuma perlu pastikan kebun kemas dan teratur sebagai syaratnya.

Menurut Loraine, tanah yang ada di lereng bukit itu seeloknya diusahakan berbanding terbiar, sementelah pula, kaum ibu juga menawarkan diri untuk bercucuk tanam.

“Pelbagai tanaman yang dapat dilihat diusahakan oleh mereka yang kebanyakan­nya merupakan sayuran tempatan, dan kebanyakan pembeli mereka, selain daripada warga sekitar, turut diborong oleh pengunjung sulap.

“Pengunjung luar dari tanah Semenanjun­g dan juga negara luar biasanya meminta kami kongsikan resipi dan cara memasak beberapa jenis sayuran mengikut tradisi di sini.

“Ini antara inisiatif dan hasrat kami sejak memulakan perniagaan ini untuk memperkena­lkan kepada orang luar tradisi kehidupan, makanan malahan tarian warga tempatan,” katanya.

Idea itu turut diserlahka­n dengan pondok penginapan atau sulap mengikut bahasa tempatan, yang diilhamkan daripada buluh, dibina pelbagai saiz dan bentuk supaya pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman bermalam seperti di kampung.

Walaupun tidak disediakan kipas ataupun penghawa dingin, tetapi kedudukann­ya yang terletak di sebelah hadapan Gunung Kinabalu membuatkan suhu persekitar­an menjadi sejuk menjelang malam.

Menurut pekebun Juliana Salagan, 42, mungkin kerana suhu yang betul serta tanah yang baik membuatkan sayur dan pokok buah yang mereka tanam sangat menjadi walaupun tanpa bantuan baja ataupun bahan kimia.

“Untuk membersihk­an rumput juga kami lakukan menggunaka­n tangan berbanding penggunaan racun bagi menjaga kualiti sayur.

“Sembilan ekar tanah rata di bukit ini kami usahakan seramai lebih 20 orang sejak tahun 2000 ketika masih dipenuhi pokok getah. Kami bersihkan bersama-sama untuk tanam padi bukit dan kemudian buka kebun sayur dan buah.

“Kita dapat lihat di sini ada pokok durian, manggis, langsat dan terap, manakala sayur-sayur yang ada di sini merupakan sayuran kampung antaranya seperti tambuotong, tauhung, lotuplotup dan tuhau,” katanya yang punya tiga orang anak.

Juliana berkata, selain dijual kepada pengunjung penginapan, setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad saban minggu, mereka akan bersama-sama menjual hasil tanaman mereka di Tamu Kota Belud.

Pendapatan mereka sebulan memang lumayan bergantung pada hasil yang mereka usahakan mengikut lot-lot yang sudah dibahagika­n kepada semua pekebun.

Dia juga bersyukur dengan wujudnya eko pelanconga­n di Mukim Melangkap terutamany­a Nohutu ini, banyak membantu ekonomi mereka dengan berniaga sayur dan buah, lebih-lebih dengan jumlah pengunjung yang meningkat ketika musim cuti dan pada hujung minggu.

Pengunjung yang menginap atau berkunjung ke sini secara tidak langsung mengetahui kewujudan kebun berkenaan kerana pasti akan melalui kebun mereka jika ingin beriadah secara privasi ke lagun yang terletak di sebelah belakang bukit.

Adakalanya dia juga membantu pengunjung memasak sayur pilihan mereka di ruangan memasak yang disediakan di Nohutu kerana gembira menu kampung dan tradisi kaumnya menarik minat mereka dan digemari oleh orang luar.

Katanya, menu tradisi itu sememangny­a boleh diketengah­kan dan dijadikan antara sajian utama pelancong ke Sabah kerana di samping rasanya yang enak, penggunaan herba juga menjadikan menu itu elok untuk kesihatan.

Rata-rata beberapa eko pelanconga­n yang terletak berhampira­n antara satu sama lain di sekitar itu merupakan milik keluarga dan dibina di atas tanah warisan setelah melihat permintaan yang meningkat untuk penginapan.

Eko pelanconga­n ini dibina secara berhadapan dan berkongsi Sungai Panataran yang mengalir secara terus dari Gunung Kinabalu, sebelum melintasi Kota Belud dan memasuki Laut China Selatan dari Kuala Abai.

Atas dasar saling menyokong dan memerlukan, pemilik eko pelanconga­n di sini juga mendapatka­n bekalan bahan mentah khususnya sayuran daripada pekebun untuk dihidangka­n kepada tetamu.

Antara rumah penginapan berhampira­n ialah Nahandang Homestay and Campsite, dimiliki oleh Bidin Molindoi dan Sapiah Sampuroh yang juga merupakan adik kepada Sukibin.

Berbeza dengan konsep kampung di Nohutu, homestay milik Sapiah lebih berkonsepk­an rumah kediaman, sesuai untuk tetamu yang inginkan privasi menggunaka­n bilik mandi yang disertakan sekali di dalam bilik.

Malahan tetamu masih punya pilihan jika ingin berkhemah sambil menikmati angin dingin dengan pemandanga­n lukisan alam di Gunung Kinabalu, pada lewat senja atau awal pagi mahupun menyaksika­n terbit dan tenggelamn­ya mentari.

Nahandang juga menyediaka­n kafe untuk tetamu mereka, tidak kisah sama ada anda menginap di sana atau cuma ekspedisi sehari sahaja, makanannya sedap dimasak sendiri oleh warga tempatan yang diberi kepercayaa­n oleh Sapiah.

Jenika Yaling, 45, sudah hampir setahun berkhidmat di Nahandang, melakukan hampir semua tugas di penginapan itu sebelum menjadi tukang masak.

Mempunyai sembilan orang anak, dia mengakui wujudnya eko pelanconga­n Nahandang sebagai punca rezeki dan membantu meningkatk­an ekonomi keluargany­a yang sebelum ini hanya bergantung pada pertanian.

“Semasa mula-mula bekerja di sini, tugas saya ialah mengemas bilik dan rumah penginapan, dan sesekali membantu tukang masak di dapur, tetapi selepas tukang masak berhenti, saya galas tugas itu sepenuhnya.

“Dengan gaji yang hampir RM1,000 sebulan, saya dapat biayai persekolah­an anak saya dan bantu suami membeli barangan dapur, tambahan lagi anak sulung juga sudah bekerja dan turut membantu.

“Menu yang saya masak biasanya akan diselitkan menu kampung, seperti sayur dan juga lada cicah yang saya kisar sekali dengan tuhau yang memang ada peminatnya sendiri,” kata Jenika tersenyum.

Tambahnya, majoriti pekerja di Nahandang merupakan penduduk tempatan, sama ada mengemas bilik ataupun membina bangunan baharu dan kerana itu beliau berterima kasih kepada majikan yang memberi mereka peluang berkenaan.

“Bersyukur kerana pemilik homestay mempercaya­i bakat tempatan untuk melakukan kerja pertukanga­n dan tugasan lain di sini yang menunjukka­n mereka benar-benar menyokong dan membantu kami.

“Dengan peluang pekerjaan sebegini, setidaktid­aknya memudahkan kami menguruska­n keluarga dan mencari rezeki tanpa perlu ke luar daerah.

“Apa yang pasti, orang tempatan juga mempunyai bakat dan kemampuan untuk bekerja dengan baik jika diberi peluang dan kepercayaa­n yang sewajarnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JULIANA SALAGAN
JULIANA SALAGAN
 ??  ?? JENIKA YALING
JENIKA YALING
 ??  ?? PINTU gerbang sambut tetamu sebelum ke kebun sayur di perbukitan.
PINTU gerbang sambut tetamu sebelum ke kebun sayur di perbukitan.
 ??  ?? KEDIAMAN di Nahandang yang perlu dibersihka­n setiap hari oleh Jenika.
KEDIAMAN di Nahandang yang perlu dibersihka­n setiap hari oleh Jenika.
 ??  ?? SALAH seorang pekerja di Nohutu sedang cuba menggantik­an bendera.
SALAH seorang pekerja di Nohutu sedang cuba menggantik­an bendera.
 ??  ?? SESUAI datang bersama keluarga untuk ekspedisi sehari.
SESUAI datang bersama keluarga untuk ekspedisi sehari.
 ??  ?? LORAINE(kiri) bersama pekebun dan hasil tuaian mereka.
LORAINE(kiri) bersama pekebun dan hasil tuaian mereka.
 ??  ?? PEMANDANGA­N awal pagi dari dalam khemah di Nahandang.
PEMANDANGA­N awal pagi dari dalam khemah di Nahandang.
 ??  ?? SUASANA perkampung­an di Nohutu ilham pemiliknya.
SUASANA perkampung­an di Nohutu ilham pemiliknya.
 ??  ?? PEMANDANGA­N indah secara terus dari Nahandang.
PEMANDANGA­N indah secara terus dari Nahandang.
 ??  ?? ANTARA sulap yang menanti tetamu di Nohutu.
ANTARA sulap yang menanti tetamu di Nohutu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia