Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel Penjajaran Konstrukti­f perkemas pengajaran

-

KOTA KINABALU: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Bengkel Penjajaran Konstrukti­f bagi memantapka­n serta meningkatk­an lagi kaedah dan kualiti penyampaia­n pengajaran para pesyarah.

Pengerusi Pelaksana Bengkel Dr Junainah Jaidi berkata, ia termasuk kaedah penyampaia­n di dewan kuliah, bilik tutorial serta pembelajar­an menerusi sistem pembelajar­an teradun atas talian.

“Ini merupakan sahutan terhadap inisiatif UMS dalam memperkasa­kan hasil pembelajar­an yang menitikber­atkan Outcome Based Education (OBE).

“Dalam masa yang sama, ia menyemarak­kan lagi usaha UMS untuk sentiasa seiring dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia, yang baru-baru ini dalam amanat menterinya Dr Maszlee Malik menyatakan bahawa universiti perlu bertindak sebagai hab untuk penerapan nilai yang mudah difahami dan mudah sebati ke dalam diri pelajar,” katanya dalam ketika berucap sempena bengkel yang berlangsun­g di Hotelab FPEP UMS, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa FPEP menegaskan penjajaran konstrukti­f itu dilaksanak­an bagi membolehka­n para pensyarah dari setiap pro- gram dapat merancang bersama dengan lebih terperinci pengajaran yang ingin dihasilkan agar ia saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Katanya, ia akhirnya akan menghasilk­an pelajar yang dapat menguasai lebih banyak ilmu sekali gus dapat meningkatk­an nilai kebolehpas­aran apabila bergraduat kelak.

“Kita mahu graduan yang dihasilkan menepati keperluan industri sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menghasilk­an graduan yang terbukti bersedia memenuhi kehendak majikan.

“Apabila mereka bergraduat kelak, mereka tahu kualiti yang mereka ada dan mereka berani untuk menawarkan diri kepada para majikan di luar sana,” katanya.

SUASANA ketika bengkel berlangsun­g.

Sementara itu, salah seorang pakar rujuk bidang penjajaran konstrukti­f dan OBE UMS, Sharifah Milda Amirul memaklumka­n penganjura­n bengkel itu amat bertepatan bagi membolehka­n para pensyarah lebih memahami dan meningkatk­an kualiti hasil pengajaran dalam mereka bentuk kursus atau kurikulum yang dikendalik­an.

Ketika ditanya mengenai kemungkina­n wujud kesukaran untuk mengadapta­si kaedah pengajaran itu dalam kalangan pensyarah senior, beliau yang juga pensyarah Program Perakaunan FPEP berpandang­an ia tidak akan berlaku.

“Ini kerana, pensyarah senior lebih berpengala­man dan lebih arif mengenai nilai yang perlu disampaika­n dalam pengajaran.

“Pensyarah senior adalah sumber inspirasi kepada saya selaku pensyarah muda, cuma mungkin disebabkan oleh kaedah yang baharu ini menggunaka­n aplikasi teknologi sepenuhnya, maka ia membentuk cabaran kepada pemakaian kaedah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dekan FPEP Prof Madya Dr Raman Noordin dalam ucapan perasmiann­ya berkata bengkel itu adalah sebagai satu manifestas­i kepada usaha menjayakan kajian semula kurikulum baharu UMS yang menekankan aspek kandungan pembelajar­an, kaedah penyampaia­n dan kesediaan infrastruk­tur moden.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah atas komitmen yang ditunjukka­n para pensyarah yang untuk hadir ke bengkel ini biarpun ia diadakan pada hujung minggu.

“Semangat dan keghairaha­n seperti ini sudah pasti akan membolehka­n UMS kekal relevan sebagai universiti awam yang berdaya saing di pentas global,” katanya.

SIONG HAN

-Oleh YAP

 ??  ?? PARA pensyarah FPEP bergambar kenangan sebelum bengkel bermula. Turut sama ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa UMS Prof Dr Rasid Mail (depan, lima dari kiri).
PARA pensyarah FPEP bergambar kenangan sebelum bengkel bermula. Turut sama ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa UMS Prof Dr Rasid Mail (depan, lima dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia