Utusan Borneo (Sabah)

AMT Alumni KTYS kunjungi Ketua Pegawai Eksekutif

- Oleh YUSOP TEPPO

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Terence SK Chee.

Sembilan AMT Persatuan Alumni KTYS diketuai Presidenny­a Pkhruddin Bian melakukan kunjungan hormat itu terhadap Terence di pejabat beliau di Kampus Sembulan KTYS di sini.

Kunjungan hormat sebagai sesi suai kenal serta perbincang­an dua hala yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Pkhruddin turut membentang­kan latar belakang sejarah penubuhan alumni KTYS, program dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2017 hingga kini, laporan bergambar akitiviti tahun 2017-2018 dan buletin Alumni KTYS tahun 2017-2019.

Beliau turut menyatakan program dan aktiviti tahun ini serta hala tuju alumni KTYS dan mengemukak­an cadangan untuk meminta ruang di KTYS bagi kegunaan alumni KTYS.

Dalam pada itu, Terence menyambut baik kunjungan hormat itu yang dapat mengeratka­n kerjasama antara pengurusan KTYS dan Persatuan Alumni KTYS.

Beliauturu­tberkongsi­latar belakang dan pengalaman beliau sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di KTYS.

Beliau meminta AMT Persatuan Alumni KTYS menjejaki semula alumni KTYS dan mendaftark­an mereka sebagai ahli persatuan serta memberi satu cabaran kepada Alumni KTYS pada tahun ini untuk menambah ahli persatuan tiga kali ganda daripada ahli persatuan terkini seramai 71 orang.

Terence turut mencadangk­an cara untuk menambah ahli dengan membuka booth semasa Hari Konvokesye­n KTYS dan perjumpaan dengan bekas pelajar di daerah yang terpilih, sekali gus mendaftar sebagai ahli persatuan alumni KTYS.

Beliau juga menawarkan bilik Persatuan Alumni KTYS di Kampus Sembulan yang akan dimaklumka­n kelak.

Beliau menyatakan komitmen untuk terus bekerjasam­a dengan Persatuan Alumni KTYS dan akan membantu serta bersama-samaAMT Alumni KTYS pada kunjungan hormat ke atas pengarah Yayasan Sabah.

 ??  ?? PKHRUDDIN (empat kiri) bersama AMT menyampaik­an cenderahat­i kepada Terence.
PKHRUDDIN (empat kiri) bersama AMT menyampaik­an cenderahat­i kepada Terence.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia