Utusan Borneo (Sabah)

Ambulans BSM Sandakan dilengkapi AED

Menjadi ambulans pertama dilengkapi peralatan itu

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Bulan Sabit Merah (BSM) di daerah ini kini melangkah setapak ke hadapan apabila ambulans milik persatuan itu telah dipasang dengan Automatic External Defibrilla­tor (AED).

Dengan pemasangan AED berkenaan sekali gus menjadikan ambulans persatuan itu sebagai yang pertama dilengkapi peralatan seumpama.

Dalam ucapan pelancaran­nya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, pada hujung tahun lalu, Bulan Sabit Merah telah memohon peruntukan untuk mendapatka­n sebuah set AED.

Katanya, setelah dipertimba­ngkan, kementeria­nnya bersetuju menyalurka­n peruntukan kepada persatuan itu untuk mendapatka­n set AED berkenaan.

AED adalah penting untuk mendapatka­n semula irama semula jadi degupan jantung serta memulakan semula jantung pesakit. Alat itu mempunyai kepentinga­n yang sama seperti amalan CPR.

“Persatuan Bulan Sabit Merah aktif dalam menyediaka­n perkhidmat­an ambulans secara percuma untuk menghantar pesakit pergi dan balik dari Hospital Duchess of Kent.

“Malah, ahlinya juga terlatih dalam menggunaka­n unit latihan AED. Saya berharap alat ini akan berguna dan membantu menyelamat­kan nyawa dalam komuniti Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Rumah Terbuka CNY dan Pelancaran AED Pertama di Bulan Sabit Merah Daerah Sandakan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Sandakan Mdm Josie serta para Penasihat Bulan Sabit Merah Daerah Sandakan, Dato’ John Khoo, Datuk Edward Khoo, Datuk Charles O Pang dan Edward Ang.

Ketika ini, Sandakan mempunyai dua unit AED yang masing-masing ditempatka­n di Hotel Four Points Sheraton

“Persatuan Bulan Sabit Merah aktif dalam menyediaka­n perkhidmat­an ambulans secara percuma untuk menghantar pesakit pergi dan balik dari Hospital Duchess of Kent. Malah, ahlinya juga terlatih dalam menggunaka­n unit latihan AED. Saya berharap alat ini akan berguna dan membantu menyelamat­kan nyawa dalam komuniti Sandakan. ”

DATUK FRANKIE POON MING FUNG Menteri Belia dan Sukan

dan Lapangan Terbang Sandakan.

Dalam pada itu, Frankie yang juga Adun Tanjung Papat berkata, Bulan Sabit Merah Daerah Sandakan di bawah kepimpinan Josie dan pasukannya telah menganjurk­an beberapa kempen kesedaran CPR untuk masyarakat umum sepanjang tahun lepas.

Jelasnya, inisiatif oleh persatuan itu secara tidak langsung membantu mendidik orang ramai dalam teknik menyelamat­kan nyawa CPR.

 ??  ?? FRANKIE menyerahka­n seunit AED kepada Bulan Sabit Merah Daerah Sandakan.
FRANKIE menyerahka­n seunit AED kepada Bulan Sabit Merah Daerah Sandakan.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I penggunaan alat AED.
DEMONSTRAS­I penggunaan alat AED.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia