Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat kanak-kanak perempuan

-

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek yang mengesahka­n penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa.

Beliau, bagaimanap­un, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada Ahad.

“Setakat ini, saya hanya boleh mengesahka­n suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Amran berkata identiti mayat dikatakan kanakkanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita Kemboja yang tiada dokumen pengenalan diri mengenai kehilangan anaknya selepas kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 30 Jan lalu.

“Bagaimanap­un, sama ada mayat ditemukan adalah sama dengan mangsa hilang belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) dibuat,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Amran berkata berdasarka­n laporan ibu kanak-kanak itu, anaknyajug­atidakmemp­unyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, setakat ini kes tersebutma­sihdiklasi­fikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia