Utusan Borneo (Sabah)

MRT Parlimen Sepanggar meriah

Sambutan Tahun Baharu Cina dihadiri lebih 3,000 orang

- PENERANGAN

KOTA KINABALU: Perayaan Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar disambut meriah dengan kehadiran lebih tiga ribu pengunjung.

Warga emas, Yong Ming San, 78, dan isteri Ho Nyuk Khiew, 72, gembira dapat bersamasam­a meraikan perayaan itu bersama rakan-rakan.

“Hari ini, saya dan isteri bertuah kerana dijemput dan diraikan dalam perayaan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin-pemimpin rakyat.

“Kamijugada­patberkump­ul dan berjumpa dengan rakanrakan yang lama tidak berjumpa.

“Sekiranya dipanjangk­an umur dan kesihatan yang baik, tahun hadapan saya dan isteri akan turut serta lagi ke majlis ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, suri rumah Nuratiqah Hansin, 28, berkata dia mengambil peluang hadir bersama keluarga untuk melihat kemeriahan sambutan perayaan.

“Anak-anak saya sangat teruja dapat menyaksika­n tarian singa dan persembaha­n kebudayaan sepanjang program ini di samping menikmati juadah yang disediakan,” kongsinya selepas perasmian Majlis Rumah Terbuka (MRT) Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar di BSA Kolombong, pada Ahad.

Bagi adik Lim Jia He, 7, kehadirann­ya di MRT itu bukan sahaja untuk menikmati juadah yang disediakan tetapi juga membuat persembaha­n tarian bersama rakanrakan­nya.

“Saya rasa teruja dan sedikit gementar kerana akan membuat persembaha­n tarian Haichow sebentar lagi di hadapan ribuan pengunjung.

“Kami juga seronok dapat melihat pertunjuka­n tarian singa yang amat menarik sekali,” katanya.

Lebih tiga ribu orang menyertai MRT Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman merangkap penganjur MRT serta Ahli Parlimen Sepanggar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta Datuk Dr Jaujan Sambakong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE (kanan), Liew (tengah) dan Azis (kiri) bergambar sebaik tiba di MRT Tahun Baharu Cina itu.
(Gambar kiri) SHAFIE (tengah) menyampaik­an angpau kepada warga emas yang hadir.
SHAFIE (kanan), Liew (tengah) dan Azis (kiri) bergambar sebaik tiba di MRT Tahun Baharu Cina itu. (Gambar kiri) SHAFIE (tengah) menyampaik­an angpau kepada warga emas yang hadir.
 ??  ?? SHAFIE (kanan) dan Azis (kiri) merasmikan MRT Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar.
SHAFIE (kanan) dan Azis (kiri) merasmikan MRT Tahun Baharu Cina Parlimen Sepanggar.
 ??  ?? DARI kiri: Christina, Shafie, Jaujan dan Liew memukul gendang sebagai gimik perasmian.
DARI kiri: Christina, Shafie, Jaujan dan Liew memukul gendang sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? ANTARA orang ramai yang hadir di majlis rumah terbuka itu.
ANTARA orang ramai yang hadir di majlis rumah terbuka itu.
 ??  ?? NURATIQAH Hansin (dua dari kiri) dan anak-anaknya.
NURATIQAH Hansin (dua dari kiri) dan anak-anaknya.
 ??  ?? LIM Jia He (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya.
LIM Jia He (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya.
 ??  ?? YONG Ming San (kanan) dan Ho Nyuk Khiew (kiri).
YONG Ming San (kanan) dan Ho Nyuk Khiew (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia