Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti Hakka diharap terus bekerjasam­a dengan kerajaan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berharap Persatuan Hakka Sandakan akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan baharu dalam membangunk­an daerah ini.

Beliau berkata, 70 peratus daripada keseluruha­n kaum Tionghua merupakan komuniti Hakka sekali gus menunjukka­n betapa pentingnya peranan mereka dalam membentuk Sandakan.

“Sebagai salah seorang pemimpin tempatan di daerah ini, saya berharap komuniti Hakka akan terus memelihara budaya.

“Dalam masa yang sama,

bersama barisan tetamu kehormat menyanyika­n lagu Tahun Baharu Cina beramai-ramai.

mereka perlu membentuk hubungan yang kukuh dengan komuniti lain dan seterusnya bekerjasam­a dengan kerajaan semasa,” katanya ketika berucap pada Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hakka Sandakan di Dewan Hakka di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung, Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan George Hiew, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengerusi Persatuan Hakka Sandakan Edward Cheng.

Dalam perkembang­an lain, Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan mengakui daerah ini masih mempunyai pelbagai isu yang perlu diberi perhatian dan diselesaik­an.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai akan terusmenyo­kongdanmem­beri kepercayaa­n kepada kerajaan dalam membawa Sandakan ke tahap yang lebih baik.

Sambutan itu dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian singa dan naga, nyanyian serta penyerahan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam pembelajar­an.

 ??  ?? STEPHEN
STEPHEN
 ??  ?? STEPHEN bersama barisan tetamu kehormat pada Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hakka Sandakan.
STEPHEN bersama barisan tetamu kehormat pada Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Hakka Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia