Utusan Borneo (Sabah)

Warisan mampu bela kepentinga­n rakyat

-

SANDAKAN: Keputusan mantan Ketua Wanita Umno Sandakan, Noraini Sulong bersama kira-kira 1,000 ahli parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dibuat bukan sahaja kerana mengutamak­an kestabilan politik tetapi yakin bahawa Warisan mampu membela rakyat.

“Kami yakin hanya parti yang memerintah atas majoriti pilihan rakyat yang mampu membela rakyat.

“Justeru, kami tidak teragak-agak dan tidak mahu membuang banyak masa hanya untuk `politiking sentiasa’, yang tidak mendatangk­an faedah dalam usaha untuk membela rakyat,” katanya.

Beliau berkata, keputusan yang diambil itu adalah petanda sokongan penuh kepada kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dan kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami yakin rakyat menyokong pendirian kami yang mengutamak­an kestabilan politik di peringkat negeri malah juga di peringkat Pusat,” katanya.

Noraini mengambil keputusan itu kerana yakin semua rakyat termasuk di Sabah memerlukan kestabilan politik dan tidak hanya dipengaruh­i dengan momokan yang lebih bersifat politiking serta tidak menggambar­kan realiti politik semasa.

Katanya, tindakan memainkan sentimen politiking kepartian yang jumud dan terlampau selepas PRU dibuat semata-mata untuk menjaga kepentinga­n politik peribadi.

“Kami yakin hanya parti yang memerintah atas majoriti pilihan rakyat yang mampu membela rakyat,” katanya selepas menyerahka­n borang keahlian kepada parti di pejabatnya di ibu negeri.

Sebelum ini, Noraini menyertai Warisan dalam satu majlis yang dihadiri Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua di Sandakan pada 27 Januari lepas.

Ia adalah kenyataan beliau yang pertama selepas mengisytih­arkan keluar daripada Umno dan menyertai Warisan.

Menurutnya, dalam situasi politik sekarang, rakyat sangat memerlukan perpaduan yang kukuh untuk membina semula Sabah dan negara Malaysia agar lebih stabil dan sejahtera.

“Kami mengajak rakyat Sabah dan rakyat di seluruh negara agar berpijak pada realiti politik semasa untuk membentuk suasana dan iklim yang lebih stabil,” katanya.

Beliau menggesa agar rakyat meninggalk­an caracara berpolitik yang boleh meretakkan perpaduan rakyat dan merugikan masa depan mereka.

“Kami yakin dalam konteks politik Sabah, sokongan padu kepada Ketua Menteri akan menjadikan iklim politik lebih stabil dan mampu memberi ruang kepada kerajaan meneruskan agenda membela kepentinga­n rakyat,” katanya.

Menurutnya, di bawah kepimpinan Shafie, Warisan menjadi wakil kepada rakyat Sabah dan rakan sekutu PH di peringkat persekutua­n yang kuat serta berpengaru­h dalam menyampaik­an hasrat politik rakyat Sabah.

Dengan sokongan yang kuat dan padu, mereka yakin Warisan mampu wujud sebagai parti politik dari Sabah yang memiliki autonomi politik tersendiri dalam usaha membela hakhak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia.

 ??  ?? NORAINI (tiga dari kanan) selepas menyampaik­an borang keahlian di pejabat Parti Warisan Sabah di Kota Kinabalu.
NORAINI (tiga dari kanan) selepas menyampaik­an borang keahlian di pejabat Parti Warisan Sabah di Kota Kinabalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia