Utusan Borneo (Sabah)

Majoriti mahu Sabah ditadbir parti tempatan

-

KOTA KINABALU: Majoriti rakyat Sabah mahu melihat negeri ini ditadbir urus oleh parti tempatan dan ia sudahpun diterjemah­kan dalam PRU-14 yang menyaksika­n kerajaan BN tumbang dan digantikan oleh kerajaan yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan).

Oleh itu, usaha membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke Sabah sebenarnya mengkhiana­ti kehendak serta aspirasi rakyat Sabah yang mahukan negeri ini ditadbir oleh parti tempatan sendiri.

Pengarah Biro Teknologi Maklumat Negeri Sabah merangkap Ketua Wira Warisan Bahagian Kota Belud Datu Abdul Hafiz Datu Abdullag berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang menyatakan kononya PPBM akan melebarkan sayapnya ke Sabah tidak lama lagi.

Katanya, kenyataan Hajiji bukan mewakili majoriti rakyat Sabah kerana suara demokrasi sudah diterjemah­kan dalam peti undi pada PRU-14 yang lepas, menyaksika­n Warisan dan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Beliau membidas kenyataan Hajiji itu sebagai tindakan terdesak untuk meneruskan karier politik kerana kepimpinan PPBM sendiri belum membuat keputusan untuk melebarkan sayap ke Sabah.

Menurutnya, kemasukan PPBM ke Sabah hanya akan memecahbel­ahkan perpaduan rakyat Sabah yang sudah terjalin.

“Kami rakan pimpinan kerajaan dalam Parti Warisan Sabah berpendiri­an bahawa aspirasi majoriti rakyat Sabah haruslah dihormati,” katanya sambil meminta PPBM mengotakan janji untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah.

Dasar dan janji itu, katanya, akan dihormati sampai bilabila selagi berada dalam platform yang sama bagi memastikan Malaysia terus subur dari konteks ekonomi dan pembanguna­n modal insan yang disegani di peringkat antarabang­sa.

Hafiz berkata, aspirasi rakyat Sabah perlu dihormati dan tindakan PPBM melebarkan sayapnya hanya akan memecahbel­ahkan rakyat.

Beliau meminta pucuk pimpinan PPBM tidak melayan permintaan pemimpin Sabah yang sudah hilang kredibilit­i di mata rakyat.

“Marilah kita bersamasam­a memegang janji serta amanah rakyat Malaysia untuk menuju negara gemilang di peringkat global,” katanya.

 ??  ?? ABDUL HAFIZ
ABDUL HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia