Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Sabah wajar pinda Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sabah wajar memikirkan untuk meminda Akta Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 untuk menjadikan pembunuhan haiwan yang dilindungi sepenuhnya sebagai suatu kesalahan dengan liabiliti ketat, kata aktivis perlindung­an haiwan Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata hukuman ke atas kesalahan itu patut juga ditingkatk­an kerana undangunda­ng sedia ada dilihat tidak mampu mengekang pemburu haram terutamany­a warga asing mengaut hasil daripada hidupan marin yang dilindungi walaupun undang-undang sekarang menetapkan hukuman yang berat.

“Di Sabah, penyu adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 dan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar, Sabah.

Denda ke atas kesalahan itu tidak kurang daripada RM50,000 sehingga RM250,000 dan penjara maksimum lima tahun,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam kes terbaharu Rabu lepas, Angkatan Tugas Bersama 2, Angkatan Tentera Malaysia menahan tiga warga asing yang menangkap dan membunuh penyu-penyu di perairan Pulau Ligitan dekat Semporna, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Lee juga menggesa kerajaan untuk melihat keperluan undang-undang seragam yang melindungi penyu di seluruh Malaysia kerana negeri-negeri pada masa ini menguatkua­sakan peraturan mereka termasuk ke atas perdaganga­n haram dan mengharamk­an pengambila­n telur penyu.

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dalam analisis dan pengalaman di lapangan menunjukka­n undangunda­ng negeri mengenai penyu tidak mencukupi dan tidak mampu melindungi penyu yang diburu untuk daging dan kulitnya dalam pasaran gelap antarabang­sa.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia