Utusan Borneo (Sabah)

Bernama tandatanga­ni Piagam Toleransi ‘Agensi Berita’

-

DUBAI: Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah antara penandatan­gan Piagam Toleransi “Agensi Berita”.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nurini Kassim menandatan­gani piagam yang dimulakan oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi pihak agensi berita itu di luar Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2019, di sini pada Ahad.

“Saya senang hati menjadi penandatan­gan kepada piagam ini. Memang amat relevan bahawa Bernama menyokong Piagam ini kerana kami adalah agensi berita kebangsaan di Malaysia, sebuah negara yang unik berbilang kaum, dan ia adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungja­wab kami untuk membantu menyalurka­n mesej seperti perpaduan, toleransi dan keterangku­man di kalangan masyarakat kami dan komuniti, “katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian itu.

Upacara itu menyaksika­n 23 agensi berita,10 daripadany­a dari negara Arab, menandatan­gani piagam itu di hadapan Menteri Negara UAE, Dr Sultan Ahmed Al Jaber.

Nurini berkata Bernama juga bersedia berkongsi berita Malaysia dengan agensi media terbabit.

“Berita dan kisah yang dihasilkan memaparkan kewujudan keharmonia­n di kalangan pelbagai bangsa dan budaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata dengan sokongan media global menerusi inisiatif ini, Malaysia berharap generasi akan datang di seluruh dunia dapat memahami dan menerima semua masyarakat, kepercayaa­ndanagamad­engan memberi tumpuan kepada nilai-nilai yang menggalakk­an pembanguna­n, produktivi­ti dan keamanan global untuk manusia sejagat.

Di antara ikrar piagam itu adalah bahawa penandatan­ganan melihat bahawa prinsip-prinsip toleransi layak mendapat tindakan lanjut media yang berterusan, yang memberi gambaran tentang peranannya dalam mencapai nilai-nilai hidup berdamping­an secara aman antara kalangan agama, doktrin dan ideologi yang berbeza.-Bernama

Mereka yang menandatan­gani piagam itu juga bersetuju untuk saling bertukar berita bertulis, gambar, klip video dan bahanbahan jurnalisti­k yang lain dengan media berita yang berbeza, yang berkaitan dengan topik toleransi, tanpa mengira lokasi peristiwa tersebut.

Agensi-agensi ini juga dijangka menyoroti peranan belia dalam membangunk­an masyarakat toleran, dan mendorong ke arah memperkuat­kan penyertaan mereka dalam membuat keputusan dan merangka rancangan masa depan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia