Utusan Borneo (Sabah)

Infrastruk­tur, kemudahan asas dilaksana di kawasan NRDA

RM1.5 bilion diperuntuk­kan kerajaan Sarawak bagi projek-projek yang akan dilaksanak­an di bawah RECODA

-

LIMBANG: Projek infrastruk­tur dan kemudahan asas, termasuk pembinaan jalan, bekalan air dan Lapangan Terbang Lawas antara projek pembanguna­n dikenal pasti dalam kawasan Agensi Pembanguna­n Utara Sarawak (NRDA).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejumlah RM1.5 bilion diperuntuk­kan kerajaan Sarawak bagi melaksanak­an projek-projek di bawah NRDA dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau berkata, projek berkenaan yang akan dilaksanak­an di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) bukan sahaja merangkumi projek pembanguna­n infrastruk­tur,malahmemfo­kus kepada usaha untuk membaik pulih dan menak taraf sekolah daif di utara negeri ini.

“Walaupun kerajaan pusat tidak meneruskan lagi projek membina Lapangan Terbang Lawas, tetapi sebahagian peruntukan NRDA akan dibelanjak­an untuk meneruskan pembinaan lapangan terbang ini dengan kos sebanyak RM150 juta, fasa pertama.

“Begitu juga dengan projek menaik taraf dan membina baharu sekolah-sekolah daif di Limbang dan Lawas meskipun ia merupakan tanggungja­wab kerajaan pusat,” ujarnya ketika ditemui media pada kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Temenggung Ang Kheng Su dan Pengerusi Persatuan Pemanah Limbang David Chua Kien Teen di sini, semalam.

Turut hadir ialah isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat dan Timbalan Ketua Parti PBB Cawangan Bukit Sari Kr Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, kerajaan menyedari masih banyak sekolah daif yang perlu diberi perhatian serius selain menyediaka­n lebih banyak prasarana sekolah.

Katanya, selain infrastruk­tur asas, projek dikenal pasti lain membabitka­n sektor pelanconga­n, keusahawan­an, industri kecil dan sederhana (IKS), latihan untuk belia, aktiviti budaya dan projek lain.

Awang Tengah berkata, NRDA memiliki potensi ekonomi yang besar berpunca daripada kesan limpahan Kawasan Pertumbuha­n Asia Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMPEAGA). “NRDA boleh memanfaatk­an lokasi strategikn­ya yang berjiran dengan Brunei, Labuan, Sabah dan Indonesia,” katanya.

Penubuhan NRDA juga katanya, akan mempercepa­t pembanguna­n infrastruk­tur dan kemudahan di rantau ini serta menarik pelaburan yang akan meningkatk­an status sosioekono­mi penduduk tempatan.

Walaupun kerajaan pusat tidak meneruskan lagi projek membina Lapangan Terbang Lawas, tetapi sebahagian peruntukan NRDA akan dibelanjak­an untuk meneruskan pembinaan lapangan terbang ini dengan kos sebanyak RM150 juta, fasa pertama.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? (Depan lapan kiri) DAYANG Morliah, Awang Tengah dan tetamu lain memotong kek sempena Tahun Baharu Cina di kediaman Temenggung Ang kheng Su semalam.
(Depan lapan kiri) DAYANG Morliah, Awang Tengah dan tetamu lain memotong kek sempena Tahun Baharu Cina di kediaman Temenggung Ang kheng Su semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia