Utusan Borneo (Sabah)

Sikap saling menghormat­i, nilai kejiranan tinggi jadikan masyarakat lebih sejahtera

-

KUCHING: Sifat hormatmeng­hormati dengan nilai kejiranan yang tinggi menjadikan kehidupan masyarakat lebih sejahtera dan penuh perpaduan.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, semua pihak bertanggun­gjawab memupuk sifat tersebut dalam kalangan masyarakat, khasnya generasi muda.

“Kita harus berasa bangga dengan apa yang kita ada walaupun tinggal di dalam budaya, masyarakat, bahasa dan agama yang berlainan kerana kita orang Sarawak dan kita kekal bersama.

“Inilah keistimewa­an dan keunikan kita di Sarawak, kita masyarakat Sarawak dari kecil sehingga dewasa sentiasa mementingk­an perpaduan walaupun berbeza budaya, bahasa dan budaya.

“Itulah yang menjadi tonggak kepada kemajuan Sarawak hari ini,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Gong Xi Fa Cai (Tahun Baharu Cina) Peringkat DUN Pantai Damai 2019 di sini, malam kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, setiap perayaan yang diraikan di negeri ini bukan disambut oleh sesuatu kaum, sebaliknya dikongsi bersama oleh seluruh rakyat.

Misalnya katanya, majlis sambutan Tahun Baharu Cina malam kelmarin merupakan kali keenam dianjurkan di kawasan perumahan tersebut yang mempunyai sekitar 200 penghuni berbangsa Tionghua.

Malah, pihak Jawatankua­sa Rukun Tetangga di kawasan tersebut turut mengadakan majlis Krismas, Gawai, Hari Raya dan Thaipusam saban tahun.

Menerusiny­a lagi, masyarakat bukan sahaja menyambut perayaan, malah mengamalka­n sikap bergotongr­oyong dan menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan yang lain.

 ??  ?? ABDUL Rahman (tengah, baris kedua) ditemani isteri bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Cina Bandar Baru Samariang pada Majlis Gong Xi Fa Cai (Tahun Baru Cina) Peringkat DUN Pantai Damai 2019 malam kelmarin.
ABDUL Rahman (tengah, baris kedua) ditemani isteri bergambar kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Cina Bandar Baru Samariang pada Majlis Gong Xi Fa Cai (Tahun Baru Cina) Peringkat DUN Pantai Damai 2019 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia