Utusan Borneo (Sabah)

JSPT Sarawak komited kurangkan kemalangan terutama babit motosikal

-

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak komited untuk mengurangk­an kemalangan jalan raya terutama membabitka­n penunggang motosikal dengan akan mempergiat­kan operasi dari semasa ke semasa.

Ketuanya Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, operasi khas seperti Ops Motosikal dilaksanak­an bukan sekadar mencari kesalahan penunggang atau pembonceng motosikal semata-mata, malah memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Menurutnya, usaha tersebut diambil kerana bilangan pengguna motosikal merupakan antara yang tertinggi terlibat kemalangan jalan raya.

“Tujuan operasi adalah untuk mencegah kemalangan jalan raya iaitu kemalangan yang melibatkan kenderaan motosikal.

“Kita mahu memastikan penunggang­nya memiliki lesen, nescaya akan patuh kepada undang-undang jalan raya dan begitu juga motosikal yang digunakan mereka, di mana kita mahu ia sentiasa dalam keadaan selamat dengan tidak diubah suai,” ujarnya.

Terdahulu, Alexson mengetuai Ops Motosikal sempena Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2019 di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub yang bermula jam 8.30 hingga 12 tengah malam, Jumaat lepas.

Sebanyak 284 saman atas pelbagaike­salahandik­eluarkan sepanjang operasi tersebut.

Menurutnya, antara kesalahan yang disaman ialah tiada lesen memandu sebanyak 38 saman, lesen kenderaan motor termasuk tamat cukai jalan (45), menggunaka­n nombor plat yang tidak dibenarkan (35) dan tidak memakai topi keledar sebanyak 15 saman.

“Terdapat juga kesalahank­esalahan lain yang turut disaman seperti membawa penumpang lebih sebanyak lapan saman, ubah suai ekzos (18) dan tiada cermin sisi (15).

“Tujuan operasi adalah untuk mencegah kemalangan jalan raya iaitu kemalangan yang melibatkan kenderaan motosikal,” kata Alexson sambil menambah, sebanyak 11 motosikal disita dalam operasi tersebut.

Seramai 50 pegawai dan anggota JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching terlibat operasi tersebut.

 ??  ?? OPS Motosikal di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kuching malam kelmarin.
OPS Motosikal di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kuching malam kelmarin.
 ??  ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia