Utusan Borneo (Sabah)

ABIM Sarawak lawat SMK Agama Miri untuk sampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf

-

KUCHING: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak mengadakan lawatan ke SMK Agama Miri di Miri untuk menyampaik­an sumbangan kepada pelajar asnaf, baru-baru ini.

Pada lawatan itu, ahli-ahli ABIM turut menghadiah­kan buku terbitan mereka kepada sekolah terbabit.

Rombongan lawatan disertai ahli Jawatankua­sa Kerja Pusat ABIM Mohammad Fazril Mohd Saleh, Pengerusi Koperasi Sri Madani Sarawak Berhad (KoMADANI) Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak Mohamad Raufa Irman Abd Raub.

Objektif kunjungan adalah menyampaik­an sumbangan untuk kelengkapa­n persekolah­an kepada para pelajar dalam kalangan asaf di SMK Agama Miri.

Selain itu, ia usaha ABIM Sarawak dalam memperkena­lkan tokoh ulama besar kelahiran Sarawak yang menjadi guru di Masjidil Haram pada akhir abad ke-19 bernama Shaykh Uthman Abdul Wahab.

Rombongan turut menghadiah­kan buku berjudul ‘Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak’ terbitan ABIM Sarawak

Lawatan juga menjadi wadah untuk bertukar-tukar pandangan tentang konsep dan amalan pendidikan terbaik sebagaiman­a yang sedang dijalankan di SMK Agama Miri.

Sementara itu, rombongan berpeluang melawat kawasan sekolah termasuk longkang tempat pemelihara­an ikan karp, projek madu kelulut al-Shifa serta projek kreatif pelajar dan bilik kelas tanpa tong sampah.

Sejak Ogos tahun lalu, tular di media sosial tentang kebersihan dan kejayaan disiplin SMK Agama Miri.

Tular foto-foto tentang kebersihan dan kecantikan tandas sekolah serta kebersihan persekitar­an sekolah sehingga memungkink­an ikan karp dipelihara di dalam longkang sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia