Utusan Borneo (Sabah)

Dua budak lelaki ceroboh kafe, cuba curi barang dicekup

-

SIBU: Dua kanak-kanak lelaki ditangkap selepas gagal dalam cubaan mereka melarikan barangan yang dipercayai dicuri dari sebuah kafe di Jalan Kampung Datu di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dua suspek bawah umur masing-masing berusia 10 dan 11 tahun itu dicekup ketika bersembuny­i di sebuah bilik fail kedai tersebut.

“Pasukan polis yang membuat pemeriksaa­n menyeluruh bersama pemilik premis telah menjumpai dua suspek yang sedang bersembuny­i di bilik fail kedai sekitar jam 1.30 pagi tadi (semalam),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Stanley berkata, terdahulu pengadu, 51, menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamata­n sebuah bank berhampira­n yang memberitah­u ada ternampak beberapa orang bertindak memecah masuk kafe miliknya.

“Pengadu kemudian menghubung­i polis untuk bantuan selepas mendapati ‘roller shutter’ kedai berada dalam keadaan terbuka sedikit,” katanya.

Menurutnya lagi, suspek dipercayai menceroboh premis itu dengan cara mengumpil ‘roller shutter’ berkenaan.

“Pemeriksaa­n di dalam premis mendapati bahagian laci berselerak dan beberapa barangan didapati hilang termasuk satu unit iPad dan duit syiling berjumlah RM300,” jelasnya.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barangan yang telah siap dibungkus dalam plastik mengandung­i minuman dalam tin dan makanan ringan yang dipercayai gagal dibawa keluar oleh suspek.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari selepas perintah mahkamah diperolehi pada jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya.

Menurut Stanley, setakat ini pihaknya telah menangkap empat kanak-kanak lain berumur 10 hingga 16 tahun termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu.

 ??  ?? DUA kanak-kanak terbabit yang berjaya ditangkap
DUA kanak-kanak terbabit yang berjaya ditangkap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia