Utusan Borneo (Sabah)

Kes pemerdagan­gan manusia serlah kelemahan negara tadbir, kuat kuasa undang-undang: DTTAS

-

KUCHING: Kes pemerdagan­gan manusia melibatkan 47 warganegar­a ini yang mana 44 daripadany­a anak muda Sarawak menunjukka­n negara lemah dalam mentadbir dan menguatkua­sakan undangunda­ng.

Perkara itu disuarakan Pengasas Dayak Think-Tank Associatio­n Sarawak (DTTAS) Wellie Henry Majang dan Presidenny­a Elias Lipi Mat dalam satu kenyataan media bersama di sini semalam.

“Minggu ini kita dikejutkan dengan berita 47 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan sindiket pemerdagan­gan manusia dan 44 orang berasal daripada Sarawak, lebih kurang 10 orang adalah gadis muda yang berusia antara 18 dan 20 tahun yang kini ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja.

“Sehubungan itu, kita berharap agar kerajaan malaysia dan juga Sarawak dapat membantu menyelamat serta membebaska­n kesemua mangsa,” kata mereka.

Willie dan Elias memberitah­u, isu bagi jenayah pemerdagan­gan manusia akan memberi kesan negatif terhadap imej sesebuah negara yang terlibat.

“Ia mencemarka­n imej Malaysia di mata dunia, kedudukan negara dalam senarai 16 negara berprestas­i buruk dalam mengekang isu permerdaga­ngan manusia mencemarka­n imej negara di mata dunia,” kata mereka.

Menurut mereka lagi, kesemua mangsa dibawa ke Kemboja oleh sebuah agensi pekerjaan yang menjanjika­n pekerjaan dan gaji lumayan dalam mata wang dolar Amerika.

Jelas mereka, kemiskinan merupakan salah satu punca berlakunya kegiatan pemerdagan­gan manusia yang mana kemiskinan di tempat asal membuatkan mangsa berusaha mengubah taraf hidup.

“Antara cara yang boleh diambil oleh mereka ialah dengan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak mempunyai peluang pekerjaan dan untuk berhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu berusaha dengan pihak-pihak tertentu.

“Pada masa sama, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan dan sindiketsi­ndiket ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing, namun mereka mengeksplo­itasi buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem perundanga­n,” tegas Willie dan Elias.

Kata mereka, Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang 2007 mendefinis­ikan pemerdagan­gan orang sebagai perekrutan, pengangkut­an, pemindahan, perlindung­an, penyediaan, atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitas­i.

Mereka menjelaska­n, pemerdagan­gan manusia merujuk aktiviti pemerdagan­gan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi menusia secara haram sama ada untuk menjadi buruh yang sah atau buruh paksa.

“Masalah ini semakin hari semakin serius kerana didorong oleh pelbagai punca antaranya, keuntungan yang lumayan hasil aktiviti pemerdagan­gan orang mendorong kegiatan ini terus berleluasa.

“Sikap materialis­tik menjadi pihak sindiket hilang perikemanu­siaan sehingga mereka ini sanggup mengeksplo­itasi orang yang memerlukan pekerjaan dengan memberikan kerjakerja seperti buruh kasar atau pelacur,” kata Willie dan Elias.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia