Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu reformasi prosedur mohon kewarganeg­araan, kata Alan

-

MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Alan Ling berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Kementeria­n Dalam Negerinya mereformas­ikan kaedah dan prosedur permohonon­an kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

Jelasnya, kerajaan sekarang harus mengambil berat terhadap isu kewarganeg­araan dan berharap satu sistem yang efektif dikenakan untuk memudahkan orang ramai dalam urusan permohonan.

“Kebanyakan kes yang dipohon selama ini tidak mendapat maklum balas sehingga bertahun-tahun untuk mendapatka­n status kewarganeg­araan tersebut, ini menyukarka­n mereka untuk pelbagai urusan termasuk pendidikan, pekerjaaan serta perkara lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Tahun Baharu Cina bersama ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) di kediamanny­a di sini, petang Sabtu.

Tegas Setiausaha PH Sarawak itu, kecekapan di bahagian Kementeria­n Dalam Negeri turut perlu dipertingk­atkan.

“Bukan sahaja kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan yang susah, malah ibu bapa kepada kanak-kanak turut berasa sengsara kerana terpaksa melihat anak-anak membesar tanpa identiti kewarganeg­araan.

“Oleh itu, saya cadangkan agar keputusan wajib diberikan kepada pemohon dalam tempoh 90 hari selepas permohonan dilakukan,” ujarnya.

Katanya, mengikut statistik rasmidiSar­awakmenunj­ukkan seramai 3,377 permohonan masih dalam proses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia