Utusan Borneo (Sabah)

Pimpinan kerajaan negeri, pusat diseru lawat ahli keluarga tahanan di Kemboja

-

KUCHING: Semua pimpinan kerajaan negeri dan pusat disaran untuk melawat ahli keluarga mangsa pemerdagan­gan manusia yang ditahan di sebuah penjara daerah di Kemboja.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak Datuk Seri Hafsah Harun berkata, ia sekurangku­rangnya dapat membantu mengurangk­an kerisauan dan kebimbanga­n keluarga mangsa tahanan tersebut.

“Hari ini (semalam) merupakan hari yang ke-60 kesemua 47 rakyat Malaysia di tahan di Kemboja. Saya baru sahaja berjumpa beberapa ahli keluarga mangsa tahanan.

“Ahli-ahli keluarga kini berada dalam situasi yang amat resah dan bimbang tentang keadaan keselamata­n mangsa-mangsa tahanan yang kebanyakan­nya masih muda.

“Justeru, saya menyeru kepada semua pimpinan kerajaan negeri dan pesekutuan untuk turun melawat ahli keluarga tahanan terbabit bagi membantu mengurangk­an kebimbanga­n mereka akan perkara ini,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Hafsah memberitah­u, beliau kini sedang mengatur pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri bersama ahli-ahli keluarga mangsa tahanan itu.

Sehubungan itu katanya, beliau memohon agar seluruh rakyat Malaysia untuk tidak menularkan spekulasi yang tidak benar di media sosial mengenai isu mangsa tahanan tersebut.

“Ini kerana ia dikhuatiri akan mengganggu proses perundinga­n pihak kerajaan kita dengan kerajaan Kemboja untuk membawa pulang kesemua tahanan terbabit,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada orang ramai yang berdoa dan prihatin akan isu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia