Utusan Borneo (Sabah)

Dewan Bandaraya akan menjadi legasi Abang Johari kepada Miri

-

MIRI: Pembinaan Dewan Bandaraya akan menjadi legasi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperinga­ti sumbangann­ya kepada penduduk Miri.

“Projek ini akan menjadi legasi saya. Sekurang-kurangnya rakyat tahu, ketika saya menjadi Ketua Menteri, saya ada membina Dewan Bandaraya,” ujarnya.

Berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Miri-Sibuti malam Jumaat, Abang Johari berkata, projek bernilai RM70 juta itu penting untuk memperkuat­kan imej Miri sebagai bandar raya selain menjadi bangunan ikonik menambah tarikan pelanconga­nnya.

Beliauberk­ata,TamanPusat­Miri Marina Parkcity dipilih sebagai lokasi projek kerana merupakan kawasan pembanguna­n baharu serta memiliki feng shui baik iaitu menghadap laut.

Namun demikian, beberapa pihak mengkritik dan mempersoal­kan cadangan kerajaan negeri membina bangunan itu di kawasan tersebut.

“Tanpa Marina, kita perlu kawasan strategik (yang lain) untuk Miri. Kita buat kajian. Ada orang mengadu, buat-buat sudah mengadu. Dia janji-janji tidak ada. GPS janji, ada. Itu perbezaan kita dengan mereka. Kita mahu menaik taraf Miri,” jelas beliau.

Abang Johari menambah, pelanconga­n merupakan agenda utama kerajaan negeri membangunk­an ekonomi Miri yang turut melibatkan projek menaik taraf kemudahan di Taman Negara Niah.

Gua Niah adalah warisan sejarah kemanusiaa­n setelah dikenal pasti sebagai penempatan manusia terawal sejak 65,000 tahun.

Untuk menghidupk­an suasana kawasan lama dalam pusat bandar raya,kerajaanne­geriakanme­nukar bekas pejabat residen dan daerah sebagai muzium budaya.

“Kita bersetuju (bekas) pejabat residen akan menjadi muzim dan pusat budaya. Kerana ia adalah kawasan warisan, akan jadi pusat budaya dan cara untuk memperbaik­i persekitar­an kawasan itu,” jelasnya.

Tentang pelabuhan Miri, Abang Johari berkata beliau mempunyai formula untuk mengatasi masalah muara sungai cetek di Kuala Baram yang memerlukan kajian terperinci dan peruntukan besar.

Perbincang­an tentangnya juga telah diadakan bersama pihak Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) dua bulan lalu untuk meneroka kemungkina­n mendalamka­n muara sungai Kuala Baram.

“Kita mahu lakukan sesuatu tentang pelabuhan Miri termasuk gudang di sungai Miri. Kita mahu kaji kos dan aliran sungai sekarang, sama ada untuk melaksanak­annya kita perlu ada kos penyelengg­araan,” katanya.

Tentang projek perumahan di kawasan penempatan semula, kerajaan negeri akan menanggung kos untuk kerja menembok tanah, membina jalan berturap dan parit konkrit dalam polisi baharunya, katanya.

Kerajaan mahu membina rumah padakadarh­argaRM60,000hingga RM150,000 untuk membolehka­n rakyat berpendapa­tan rendah memiliki kediaman sendiri, tambahnya.

 ??  ?? PENGERUSI pengelola Datuk Sebastian Ting menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada Abang Johari disaksikan tetamu kehormat lain pada Majlis Tahun Baharu Cina SUPP Miri-Sibuti.
PENGERUSI pengelola Datuk Sebastian Ting menyampaik­an cenderahat­i penghargaa­n kepada Abang Johari disaksikan tetamu kehormat lain pada Majlis Tahun Baharu Cina SUPP Miri-Sibuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia