Utusan Borneo (Sabah)

Eksport minyak sawit berpotensi besar dikembang ke pasaran baharu

-

MELAKA: Eksport minyak sawit Malaysia dilihat berpontesi besar untuk dikembangk­an ke pasaran baharu seperti Pakistan, Turki dan Iran berikutan penggunaan­nya yang tinggi di negara-negara berkenaan.

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata semasa misi minyak sawit, ekonomi, promosi dan pelaburan kementeria­n itu di ketiga-tiga negara tersebut baru-baru ini, didapati bahawa penggunaan minyak sawit di Karachi melebihi satu juta tan metrik, Istanbul 700,000 tan metrik dan Tehran 600,000 tan metrik.

Beliau berkata, usaha meneroka pasaran baharu itu dilihat membuka jalan bagi mengembang­kan pasaran minyak sawit di kawasan baharu.

“Ini juga merupakan usaha kita untuk menghalang tindakan Eropah yang bersungguh-sungguh dengan usaha mereka melakukan diskrimina­si terhadap minyak sawit ini.

“Saya percaya dengan strategi sedang dilakukan kementeria­n di dalam dan luar negara selain melibatkan pemain-pemain industri di sana, kita berharap ada peningkata­n pembelian minyak sawit serta produk hiliran lain,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri Pesta Ponggal anjuran Angkatan Muda Keadilan Hang Tuah Jaya di Peringgit di sini, kelmarin.

Shamsul berkata, kementeria­n tersebut juga sedang menggiatka­n kempen’ Sayangi Minyak Sawitku’ yang dilancarka­n pada Januari lepas bagi memastikan penggunaan bahan itu digunakan secara maksimum berikutan setakat ini hanya 70 peratus minyak sawitdigun­akanolehpe­nduduk di Malaysia.-Bernama

 ??  ?? SATAY:Orang ramai berbaris panjang untuk mengambil hidangan satay yang dihidangka­n pada Majlis Kenduri Rakyat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Padang Bola Sepak Seri Johor, Jalan Jelawat, Bandar Tun Razak, pada Ahad. -Gambar Bernama
SATAY:Orang ramai berbaris panjang untuk mengambil hidangan satay yang dihidangka­n pada Majlis Kenduri Rakyat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur di Padang Bola Sepak Seri Johor, Jalan Jelawat, Bandar Tun Razak, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia