Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan MSM dijangka meningkat minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka meningkat minggu ini berikutan kehadiran semula penggiat pasaran selepas berakhir cuti Tahun Baharu Cina dan merancakka­n permintaan terhadap minyak makan, kata seorang peniaga.

Menurutnya, harga MSM yang telah melepasi rintangan utama sebanyak RM2,100 satu tan, berkemungk­inan didagangka­n melebihi paras RM2,250 satu tan pada minggu ini.

“Kalangan penggiat pasaran akan mengambil kedudukan baharu selepas berdiam diri dalam minggu dagangan singkat akibat cuti umum pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Pasaran didagangka­n separuh hari pada 4 Februari lepas dan seterusnya ditutup selama dua hari pada 5-6 Februari bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu, peniaga berkata harga minyak mentah Brent yang kini didagangka­n pada AS$60 setong juga akan menyuntik sedikit sokongan terhadap pasaran minyak sawit.

“Harga minyak mentah lazimnya memberi sokongan kepada pasaran minyak sawit berikutan komoditi itu yang dijadikan sumber tenaga alternatif,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga niaga hadapan MSM didagangka­n kebanyakan­nya lebih tinggi terutama pada awal minggu sejajar dengan peningkata­n harga minyak makan.

Namun harga itu susut berikutan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Pada asas Jumaat hingga Khamis, kontrak-kontrak Februari 2019 berkuranga­n RM10 kepada RM2,190 satu tan, Mac 2019 dan Mei 2019 masing-masing susut RM13 kepada RM2,255 dan RM2,308 satu tan manakala April 2019 turun RM9 kepada RM2,290 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 62,396 lot daripada 112,366 lot manakala minat terbuka berkuranga­n kepada 208,815 kontrak berbanding 215,476 kontrak.

Di pasaran fizikal, Februari Selatan naik RM10 kepada RM2,190 satu tan daripada RM2,180 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia