Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan emas dijangka tinggi minggu ini: Peniaga

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan kebimbanga­n terhadap ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China dan ketidaksei­mbangan geopolitik.

Seorang peniaga berkata para pelabur memberi tumpuan kepada logam emas itu kerana mereka percaya sentimen pasaran global yang lemah akan melonjakka­n lagi harga.

“Rundingan perdaganga­n antara AS dan China telah berlangsun­g selama bertahun-tahun tetapi sehingga sekarang tiada keputusan jelas yang dicapai kecuali gencatan perdaganga­n selama 90 hari.

“Memandang tarikh akhir perdamaian perdaganga­n itu semakin hampir, tidak ada sebarang pengesahan sama ada akan ada atau tidak perbincang­an di peringkat tinggi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selain kebimbanga­n perdaganga­n yangmeliba­tkan dua kuasa ekonomi dunia itu, situasi di United Kingdom (UK) berkaitan Brexit juga membimbang­kan kerana tiada sebarang hala tuju jelas berhubung perkara itu.

“Sesetengah parti mahukan referendum kedua, manakala Perdana Menteri UK Theresa May berkata Kesatuan Eropah mahukan Brexit,” katanya.

Bagi minggu dagangan singkat ini, pasaran niaga hadapan emas tempatan diniagakan rendah.

Berbanding Khamis minggu sebelumnya, kontrak bulan semerta Februari 2019 turun 10 mata kepada RM172.00 segram pada Jumaat, Mac 2019 susut 20 mata kepada RM172.00, April 2019 jatuh 16 mata kepada RM172.30 dan Jun berkuranga­n 17 mata kepada RM172.40 segram.

Pasaran tempatan ditutup pada Selasa dan Rabu sempena cuti umum perayaan Tahun Baharu Cina.

Jumlah dagangan mingguan berjumlah satu lot manakala kepentinga­n terbuka sebanyak 23 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia