Utusan Borneo (Sabah)

FBM KLCI dijangka menguji semula paras 1,700 mata

Pasaran bergerak dalam jajaran ketat apabila kebanyakan pelabur kembali selepas percutian Tahun Baharu Cina

-

KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia dijangka rancak semula minggu ini dengan pasaran bergerak dalam jajaran ketat apabila kebanyakan pelabur kembali semula daripada percutian sempena Tahun Baharu Cina, kata para penganalis­is.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergelut untuk mencecah paras ketahanan segera pada 1,700 mata dalam tempoh beberapa minggu lepas.

“Perkembang­an luaran terus menjadi tumpuan, dengan isu menyelubun­gi rundingan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China sentiasa menjadi punca kepada ketidaksta­bilan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Sekiranya perkembang­an terbaharu rundingan itu menjadi sebarang petunjuk, penyelesai­an rundingan perdaganga­n itu nampaknya masih lagi belum menemui sebarang titik noktah sebelum AS memeterai perjanjian perdaganga­n dengan China, kata Pengarah National Economic Council Larry Kudlow.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China Presiden Xi Jinping mungkin tidak akan berlaku sebelum tarikh akhir rundingan perdaganga­n pada 1 Mac.

Meskipun begitu, beliau berkata pelabur asing menjadi pembeli bersih pada 4 dan 7 Februari membeli saham bernilai RM138.6 juta manakala ringgit meningkat kepada 4.067 berbanding dolar AS.

“Dalam keadaan itu, kita boleh menjangkak­an FBM KLCI terus kekal dalam jajaran ketat pada minggu ini,” katanya.

Angka keluaran dalam negara kasar Malaysia bagi suku keempat 2018 akan diumumkan pada 14 Januari.

“Mungkin, para pelabur juga mahu menilai daya tahan ekonomi Malaysia.

“Ini terutamany­a benar dalam konteks sentimen perniagaan dan pengguna yang lemah seperti yang ditunjukka­n oleh kaji selidik Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia baru-baru ini,” kata Mohd Afzanizam.

Indeks Keadaan Perniagaan dan Indeks Sentimen Pengguna masing-masing turun kepada 95.3 mata dan 96.8 mata dalam Suku Keempat 2018 daripada 108.8 mata dan 107.5 mata dalam suku sebelumnya.

Pengarah Urusan Affin Hwang Capital Asset Management Teng Chee Wai berkata beliau kekal optimis dengan rundingan perdaganga­n AS-China kerana keadaan ekonomi global sebenarnya sangat kukuh, manakala visi penurunan pendapatan korporat tempatan masih lagi satu proses yang berterusan.

“Dengan kedua-duanya ini, tahun ini kemungkina­n akan menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun lepas dari sudut pandangan pasaran ekuiti,” katanya.

Bagi asas Jumaat ke Khamis, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 2.99 mata untuk ditutup kepada 1,686.52.

Pasaran ditutup pada Selasa dan Rabu sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Indeks FBM Emas naik 64.9 mata kepada 11,725.52, Indeks FBMT 100 meningkat 56.33 mata kepada 11,601.54 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 40.42 mata kepada 11,593.03.

FBM 70 meningkat 215.69 mata kepada 14,032.9 dan Indeks FBM Ace menambah 153.12 mata kepada 4,555.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 127.14 mata kepada 17,642.11, Indeks Perladanga­n naik 19.36 mata kepada 7,299.6 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian menambah 0.86 mata kepada 161.97.

Bagi asas Jumaat ke Khamis, jumlah dagangan mingguan berkuranga­n kepada 4.94 bilion unit bernilai RM3.8 bilion daripada 8.77 bilion unit bernilai RM8.13 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 3.77 bilion unit bernilai RM3.57 bilion berbanding 6.32 bilion unit bernilai RM7.66 bilion.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 690.66 juta unit bernilai RM149.03 juta daripada 1.38 bilion unit bernilai RM301.90 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 483.1 juta saham bernilai RM83.25 juta berbanding 1.05 bilion saham bernilai RM152.46 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia