Utusan Borneo (Sabah)

KWP giat usaha warta taman awam: Khalid

-

PUTRAJAYA:Kementeria­n Wilayah Persekutua­n sedang mempergiat­kan usaha untuk mewartakan tamantaman awam di seluruh negara yang merangkumi sekurang-kurangnya keluasan 101 hektar di setiap negeri, kata Menterinya Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata usaha itu dilakukan melalui Jabatan Landskap Negara di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n bagi mengekalka­n dan melindungi taman-taman itu agar boleh dikunjungi warga tempatan.

Katanya, usaha itu termasuk mewartakan Taman Awam Berskala Besar iaitu Taman Persekutua­n Bukit Kiara seluas 149 hektar di Kuala Lumpur.

“Kita hendak wartakan supaya kita dapat mengekalka­n dan melindungi kawasan-kawasan ini yang mana setiap negeri akan ada taman yang boleh dikunjungi oleh rakyat negeri masingmasi­ng.

“Ia adalah satu proses berterusan dan sekarang difahamkan negeri Pahang sudah dikenal pasti 250 ekar tanah (101 hektar),” katanya selepas merasmikan Putrajaya Park’s Day di Taman Wetland Putrajaya.

Tambahnya, Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang Putrajaya dengan pembanguna­n 13 taman awam dan 10 telah pun siap dibangunka­n.

“Kesemua taman dibangunka­n dengan konsep, tema, karakter dan persekitar­an yang tersendiri serta unik menjadikan ianya nadi kepada Putrajaya sebagai Bandar Raya Taman,” katanya.

Katanya, taman-taman awam dibina sebagai pilihan untuk pengunjung dan komuniti Putrajaya khususnya menghabisk­an masa santai serta beriadah di hujung minggu dan masa terluang.

Selaras dengan aspirasi itu, Khalid berkata Putrajaya Park’s Day adalah satu usaha PPj bagi menzahirka­n Pelan Strategik Putrajaya 2016-2020 yang menggarisk­an beberapa teras dalam mencapai visi Ke Arah Putrajaya Mampan 2020.

“Saya menyambut baik inisiatif PPj dalam menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pelanconga­n unggul dan berdaya saing melalui pembanguna­n produk pelanconga­n,” katanya.

Hampir 3,000 pengunjung memeriahka­n program Putrajaya Park’s Day di Taman Wetland termasuk larian SHERUN dengan jarak 3 kilometer (km), 5km dan 8km. - Bernama

 ??  ?? KHALID dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim melepaskan burung merpati pada program Putrajaya Park’s Day yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di Padang Semarak Taman Wetland, Presint 13, pada Ahad. -Gambar Bernama
KHALID dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim melepaskan burung merpati pada program Putrajaya Park’s Day yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di Padang Semarak Taman Wetland, Presint 13, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia