Utusan Borneo (Sabah)

SRS komited cegah jenayah

Ronda kawasan kediaman walaupun tidak bergaji

-

KUALA LUMPUR:Atas semangatci­ntakankeam­anan biarpun tidak mendapat gaji mahupun elaun tetap, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) tetap komited membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjaga keselamata­n dan keamanan setempat.

Malah, usaha mereka itu terbukti dapat menurunkan kadar jenayah setempat di kawasan-kawasan perumahan.

Bagi penduduk Taman Seri Gombak A di sini, kewujudan SRS di kawasan perumahan itu sejak 2017 membantu menghilang­kan rasa takut dalam kalangan penduduk setempat terutama untuk berurusan atau keluar rumah pada waktu malam.

Ketua SRS taman itu Samsudin Ngah berkata seramai 33 sukarelawa­n yang terdiri daripada penduduk taman berkenaan didaftar sebagai anggota SRS dan bergilir-gilir bertugas mengawal kawasan kediaman dengan disertai anggota polis terutama pada waktu malam.

“Setiap anggota SRS dilengkapi baju vest bercahaya, lampu suluh dan cota semasa membuat rondaan cegah jenayah malah mereka mempunyai kuasa menahan seseorang yang mencurigak­an (di kawasan taman perumahan mereka) sebelum dilapor kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui Bernama di bilik gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Gombak A di sini.

Samsudin berkata kewujudan SRS itu berjaya mencegah banyak kes jenayah seperti ragut, pecah rumah dan kenderaan di kawasan perumahan itu.

Seorang penduduk, Sharidayu Zainudin, 40, berkata beliau kini lebih berani untuk keluar rumah bersendiri­an walaupun pada waktu malam kerana berasa selamat.

“Sebelum adanya SRS ini, ibu saya yang kini berusia 72 tahun pernah dua kali menjadi mangsa ragut di depan rumah sendiri.

“Kini, penduduk dapat merasai perubahan kerana mereka boleh memaklumka­n mengenai sebarang masalah atau perkara mencurigak­an di ‘group WhatsApp’ KRT dan anggota SRS akan segera tiba di lokasi untuk memeriksa,” katanya yang telah tinggal di taman itu sejak tahun 1997.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata statistik menunjukka­n kes pecah rumah di daerah itu turun sebanyak 17.37 peratus iaitu 390 kes dilapor pada 2018 berbanding 472 kes pada 2017.

“Kes ragut pula menunjukka­n penurunan sepenuhnya iaitu tiada kes dilapor tahun lepas berbanding tiga kes pada tahun sebelumnya. Kes curi kereta pula turun 17.27 peratus iaitu 321 kes pada tahun lepas berbanding 388 kes pada 2017,” katanya.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata SRS ditubuhkan di bawah Akta Rukun Tetangga yang memperuntu­kkan tugas anggota SRS termasuk kuasa membuat pemeriksaa­n dan rondaan di kawasan perumahan yang digazetkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

“Pasukan SRS ini dapat membantu polis membuat rondaan dan apabila berlaku jenayah, malah boleh menjadi sumber maklumat kepada polis berhubung kes pengedaran dadah. Banyak maklumat daripada orang ramai dapat membantu polis menyelesai­kan kes jenayah,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Rosli berkata anggota SRS perlu mengenakan baju vest ketika melakukan sekatan atau pemeriksaa­n di tengah malam di kawasan perumahan mereka bagi membolehka­n identiti mereka dikenal pasti.Bernama

“Seramai 33 sukarelawa­n yang terdiri daripada penduduk taman berkenaan didaftar sebagai anggota SRS dan bergilirgi­lir bertugas mengawal kawasan kediaman dengan disertai anggota polis terutama pada ” waktu malam. SAMSUDIN NGAH

 ??  ?? SAMSUDIN (tiga, kiri) bersama sebahagian daripada anggota SRS yang bertugas membuat rondaan dan mengawal kawasan kediaman pada waktu malam. -Gambar Bernama
SAMSUDIN (tiga, kiri) bersama sebahagian daripada anggota SRS yang bertugas membuat rondaan dan mengawal kawasan kediaman pada waktu malam. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia