Utusan Borneo (Sabah)

500 penduduk Bukit Mertajam terima bantuan

-

BUKT MERTAJAM: Seramai 500 penduduk di Parlimen Bukit Mertajam menerima sumbangan bernilai RM100 setiap seorang sempena Program Amal Tahun Baharu Cina 2019.

Anggota Parlimenny­a, Sim Chee Keong berkata sumbangan berbentuk makanan dan keperluan harian tersebut adalah merupakan satu daripada inisiatif berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat di Parlimen itu terutamany­a penduduk yang terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah yang telah berdaftar di bawah program-program bantuan sedia ada.

“Sumbangan tersebut bernilai RM50 berbentuk barangan makanan (setiap seorang) manakala penerima turut menerima angpau sebanyak RM50 yang dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam, di sini pada Ahad.

Beliau berkata program seumpama itu adalah merupakan sebuah cerminan semangat kekitaan menerusi wajah Malaysia Baharu yang disifatkan­nya sebagai indikator perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Kalau sebelum ini kita sering adakan rumah terbuka (sempena perayaan Tahun Baharu Cina) tapi kali ini kita nak adakan sedikit kelainan iaitu dengan mengadakan program amal supaya lebih banyak penduduk di sini dapat dibantu tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan juga bangsa,” katanya.

Antara barangan yang disumbangk­an ialah makanan asas seperti beras, mi, makanan dalam tin dan beberapa barangan keperluan yang lain.

Program tersebut adalah merupakan program kali keempat dilaksanak­an sejak tahun 2016.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru penduduk setempat yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan agar mendaftark­an diri di bawah program e-Kasih dengan kadar segera kerana manfaat yang bakal diperoleh menerusi program tersebut.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Keterangku­man Gender dan Agama selain Islam, Chong Eng. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia