Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Tunisia mahu tamatkan mogok guru

-

TUNIS: Kerajaan Tunisia dan kesatuan guru telah mencapai perjanjian kelmarin bagi menamatkan mogok selama beberapa bulan yang telah mengganggu sesi persekolah­an di seluruh negara.

“Kami telah mencapai satu perjanjian dengan pihak kerajaan bagi semua tuntutan kami,” jelas ketua kesatuan guru sekolah menengah Morched Idriss.

Dalam perjanjian itu, para guru akan menamatkan mogok dan kembali bekerja bagi menjadikan tahun persekolah­an satu kejayaan, tambah beliau.

Dikaitkan dengan kesatuan perdaganga­n UGTT yang berkuasa di negara ini, pihak kesatuan telah melakukan mogok sejak Oktober bagi permintaan untuk kenaikan gaji, bonus dan keadaan yang lebih baik di sekolah-sekolah.

Mogok telah memberikan kesan yang kuat terhadap sekolah di Tunisia.

Ramai guru yang telah melakukan ujian penggal pertama atau memberikan gred.

Perjanjian muncul selepas ribuan guru berkumpul pada Rabu lepas di bandar utama Tunis.

Bantahan itu muncul hanya beberapa minggu sebelum mogok oleh sektor awam yang dirancangk­an UGTT, namun pihak berkuasa Tunisia pada Khamis lepas telah mencapai perjanjian dengan kesatuan dagangan bagi menghalang satu lagi mogok yang boleh melumpuhka­n.

Ia akan menjadi mogok ketiga besar-besaran dalam masa beberapa bulan terhadap kerajaan dan reformasi yang dilakukan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Pada 2016, IMF memberikan kepada Tunisia pinjaman berjumlah 2.4 bilion euro sebagai pertukaran dengan janji untuk melakukan perubahan ekonomi sederhana dan menambahka­n gaji perkhidmat­an awam.

Di sebalik peralihan demokrasi yang agak lancar selepas kejatuhan pada 2011 Presiden Zine El Abidine Ben Ali, para pemimpin Tunisia telah berusaha untuk menangani penganggur­an teruk dan inflasi tinggi. — AFP

 ??  ?? PERDANA Menteri Tunisia Youssef Chahed merangkul Setiausaha Agung UGTT Noureddine Taboubi selepas memeterai perjanjian mengenai tuntutan kenaikan gaji di Tunis, baru-baru ini. — Gambar AFP
PERDANA Menteri Tunisia Youssef Chahed merangkul Setiausaha Agung UGTT Noureddine Taboubi selepas memeterai perjanjian mengenai tuntutan kenaikan gaji di Tunis, baru-baru ini. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia