Utusan Borneo (Sabah)

Wartawan radio ditembak mati di timur Mexico

-

KOTA MEXICO: Seorang wartawan radio Mexico kelmarin ditembak mati di sebuah restoran di wilayah Tabasco, timur ibu negara, mangsa terbaharu dalam penularan jenayah di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk golongan media.

Jesus Ramos Rodriguez dibunuh di pekan Emiliano Zapata, kata pegawai dari pejabat pendakwa raya tempatan.

Menurut media tempatan, Ramos telah mengacarak­an buletin berita bagi stesen radio 99.9 FM selama lebih dua dekad.

Akhbar El Universal memetik beberapa saksi sebagai menyatakan penyerangn­ya keluar dari kereta lalu meluru ke arah mangsa dan menembakny­a lebih lapan kali dari jarak dekat.

Pembunuhan muncul beberapa minggu selepas pengarah stesen radio komuniti dibunuh di wilayah utara Baja California Sur, dalam kes pertama seumpamany­a pada 2019.

Rafael Murua, yang menerima ugutan mati bagi kerjanya, ditemui mati dalam longkang pada 20 Januari selepas dilaporkan hilang.

Murua, 34, berada di bawah program perlindung­an kerajaan Mexico untuk wartawan dan aktivis hak asasi.

Digegarkan jenayah kejam dikaitkan dengan perang dadah di negara ini dan dimarakkan rasuah dalam politik, Mexico telah mendaftark­an lebih 100 pembunuhan wartawan sejak 2000, dengan 10 orang terbunuh pada tahun lepas sahaja.

Pada Disember 2018, kumpulan pemerhati Reporters Without Borders meletakkan Mexico sebagai negara ketiga paling berbahaya bagi wartawan selepas Afghanista­n dan Syria yang diancam peperangan.

Majoriti kes terbiar tanpa hukuman, begitu juga dengan lebih 90 peratus jenayah kejam di Mexico. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia