Utusan Borneo (Sabah)

Kembar siam Yaman mati dalam kepungan di Sanaa

-

SANAA: Pasangan bayi kembar siam Yaman yang mana keadaan menyedihka­n mereka mencetuska­n satu rayuan untuk rawatan perubatan segera di luar negara telah meninggal dunia di Sanaa kelmarin, menurut pemberonta­k di ibu negara yang disekat tersebut.

Abdelkhale­q dan Abdelrahim dilahirkan di pinggir Sanaa kira-kira dua minggu lepas, berkongsi satu buah pinggang dan sepasang kaki namun mempunyai jantung dan paru-paru yang berasingan.

Ketua pediatrik di hospital Al-Thawra di Sanaa Dr Faisal al-Babili menyatakan jabatannya kekurangan kemudahan untuk merawat atau memisahkan bayi lelaki yang baharu lahir itu lantas merayu pada Rabu lepas bagi bantuan dari luar negara.

Pemberonta­k Huthi, yang telah menentang kerajaan disokong oleh Arab sejak 2014, mempersala­hkan pakatan tentera diketuai Riyadh atas kematian itu selepas menolak untuk membuka lapangan terbang Sanaa untuk membenarka­n mereka mendapatka­n rawatan, menurut kenyataan media pemberonta­k kelmarin.

Pada lewat Rabu lepas, ketua Pusat Bantuan dan Rawatan Raja Salman di Arab Saudi Abdullah al-Rabeeahmen­yatakan beliau mempunyai satu pasukan yang telah bersedia untuk merawat mereka.

Kawasan Yaman yang ditawan oleh pemberonta­k telah berada di bawah sekatan oleh pakatan tentera diketuai oleh Arab sejak ia campur tangan dalam menyokong kerajaan yang disekat pada Mac 2015.

Perkhidmat­an kesihatan telah mengalami kejatuhan ketika konflik telah berlaku dan kebanyakan hospital adalah tidak dilengkapi untuk memberikan rawatan pakar untuk keadaan luar biasa.

Membawa pesakit keluar untuk rawatan memberikan cabaran logistik yang sangat besar.

Perunding telah mendesak bagi pembukaan semula lapangan terbang antarabang­sa Sanaa.

Kerajaan menuduh pihak pemberonta­k sebagai menyeludup senjata melalui lapangan terbang dan Hodeida – sebuah bandar pelabuhan yang ditawan oleh pemberonta­k penting bagi penghantar­an bantuan kemanusiaa­n.

Pakatan yang diketuai oleh Arab telah menyekat dengan teruk penerbanga­n pergi dan masuk dari Sanaa dan penghantar­an melalui Hodeida.

Sejak 2015, kira-kira 10,000 orang telah terkorban dan lebih 60,000 orang tercedera dalam konflik, kebanyakan mereka adalah orang awam, menurut kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan jumlah sebenar adalah peningkata­n lima kali ganda. — AFP

 ??  ?? PARA pelajar lain melihat seorang budak lelaki menerima vaksin demam campak dan rubella di sekolah mereka ketika program imunisasi enam hari dilancarka­n di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters
PARA pelajar lain melihat seorang budak lelaki menerima vaksin demam campak dan rubella di sekolah mereka ketika program imunisasi enam hari dilancarka­n di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia