Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat NZ berpatah balik tidak dibenarkan mendarat di China

-

SYDNEY: Pesawat Air New Zealand ke Shanghai berpatah balik beberapa jam semasa penerbanga­nnya semalam selepas mendapati ia tidak mempunyai kebenaran untuk mendarat di China, menurut pihak penerbanga­n.

Pesawat NZ289 itu membawa kirakira 270 penumpang dan meninggalk­an Auckland sejurus sebelum tengah malam kelmarin sebelum kembali kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan semalam.

Ia berpatah balik beberapa jam ketika dalam penerbanga­n.

“Satu keadaan teknikal bermakna pesawat tertentu menjalanka­n perkhidmat­an ini tidak mempunyai kebenaran perundanga­n China untuk mendarat di China,” menurut pihak penerbanga­n.

Kementeria­n luar negara China tidak membuat sebarang komen lanjut ketika dihubungi Reuters.

Panggilan kepada pihak pentadbira­n penerbanga­n awam tidak dijawab.

Pihak Air New Zealand memohon maaf kepada penumpang dan menyatakan satu perkhidmat­an khas akan menerbangk­an mereka ke Shanghai jam 11 malam waktu tempatan semalam.

“Kami tahu para pelanggan akan berasa sangat kecewa dan marah dengan situasi ini, malah kami berasa amat bersalah atas gangguan terhadap rancangan perjalanan mereka,” menurut Air New Zealand.

Penumpang yang tidak berpuas hati telah menyuaraka­n rasa kecewa mereka dalam media sosial.

Seorang daripada mereka menghantar gambar dalam Twitter menunjukka­n peta penerbanga­n pesawat berpatah balik di atas kawasan Papua New Guinea.

“Saya baharu sahaja mengalami satu peringkat baharu ‘China Bad’, di pertengaha­n jalan dalam penerbanga­n kami dari Auckland ke Shanghai, juruterban­g memaklumka­n kami bahawa pihak berkuasa China tidak memberikan kebenaran kepada pesawat ini untuk mendarat, maka kami perlu berpatah balik.

Sepatutnya satu isu mengenai kelulusan,” komen penumpang berkenaan.

Pesawat yang sama, NZ289, berpatah balik dalam penerbanga­n ke China pada 24 Ogos tahun lepas, namun jurucakap penerbanga­n puncanya adalah isu kejurutera­an, bukannya berkaitan dengan kelulusan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia