Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Brazil beransur sembuh

Demam selepas pembedahan, Bolsonaro selesai jalani rawatan lanjut

-

SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro beransur sembuh daripada demam akibat mengalami pneumonia selepas pembedahan perutnya pada dua minggu lepas, menurut hospitalny­a kelmarin.

“Presiden tidak mengalami demam dan melakukan perkembang­an pascapembe­dahan dan klinikal yang baik,” Hospital Albert Einstein di Sao Paulo menyatakan dalam perkembang­an hariannya.

“Masalah paru-parunya telah bertambah baik, dan keputusan ujian makmal menunjukka­n petanda yang menggalakk­an.”

Sejak 28 Januari, Bolsonaro, 63, telah berada di pusat rawatan separuh intensif di Sao Paulo selepas satu prosedur untuk mengeluark­an pundi kolostomi dan menyambung­kan bahagian usus.

Beliau menjalani satu pembedahan pada 28 Januari bagi menyambung semula ususnya supaya boleh melakukan pengeluara­n sisa kumuhan secara biasa.

Ia merupakan pembedahan ketiga Bolsonaro sejak seorang lelaki menyerangn­ya dengan sebilah pisau ketika laluan kempennya.

Bekas kapten tentera itu adalah pengguna media sosial yang prolifik, di mana beliau melakukan beberapa bahagian besar dari kempen pilihan raya presidenny­a yang berjaya pada tahun lepas.

“Saya benar-benar ingin menyatakan terima kasih bagi doa dari majoriti rakyat Brazil,” menurut beliau dalam Twitter.

“Sekiranya tanpa mereka dan dengan kemahiran pakar yang telah membantu saya, dalam tiga pembedahan sepanjang tempoh lima bulan, saya mungkin tidak akan hidup.”

Walaupun beliau berharap untuk keluar dari hospital pada Rabu lepas, demam dan beberapa isu lain telah menimbulka­n satu penangguha­n.

Bagaimanap­un, beliau sekarang sudah mampu untuk makan makanan lembut lagi, sebagai tambahan kepada cecair.

Secara rasminya, Bolsonaro meneruskan untuk mentadbir negara dari atas katil hospitalny­a. — AFP

 ??  ?? BOLSONARO menandatan­gani dokumen ketika masih terlantar di atas katil di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo baru-baru ini. — Gambar Reuters
BOLSONARO menandatan­gani dokumen ketika masih terlantar di atas katil di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo baru-baru ini. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia