Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan, AS meterai perjanjian pembahagia­n kos pertahanan

-

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memeterai perjanjian mengenai pembahagia­n kos pertahanan awal hujung minggu ini, lapor agensi berita Yonhap memetik sumber diplomatik kelmarin.

Majlis menandatan­gani perjanjian itu diadakan di Seoul semalam, diketuai dua perunding utama Chang Won Sam dan Timothy Betts.

Kedua-dua pihak baru-baru ini mencapai persetujua­n mengenai perkara itu selepas melalui 10 pusingan rundingan tahun lepas.

Persetujua­n itu sekali gus memecah kebuntuan menjelang sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Vietnam pada 27 hingga 28 Februari.

Seoul dilaporkan merancang menambah sumbangann­ya kira-kira 1 trilion won (AS$890 juta) pada 2019. Perjanjian itu untuk tempoh setahun.

Di bawah perjanjian 2014, Korea Selatan menyumbang sejumlah 960 bilion won (AS$ 854.43 juta) untuk operasi Angkatan Tentera AS Korea (USFK) dan ia tamat penghujung tahun lepas.

Persetujua­n dicapai antara pentadbira­n Trump dengan Korea Selatan itu dilihat sebagai perintis ke arah tawarmenaw­ar dengan sekutu lain, termasuk Jepun.

Korea Selatan berkongsi kos kewangan untuk USFK sejak awal 1990-an.

Dana terbabit digunakan bagi menampung upah pekerja Korea Selatan di pangkalan USFK, projek pembinaan dan sokongan logistik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia