Utusan Borneo (Sabah)

Angka kematian akibat Ebola di DRC lepasi 500

-

KINSHASA: Lebih 500 mati akibat wabak Ebola yang terbaharu di Republik Demokratik Congo (DRC), namun satu program suntikan vaksin telah menghalang ribuanlagi­kematian,menurut kementeria­n kesihatan di negara tersebut.

“Secara keseluruha­n, terdapat 502 kematian dan 271 orang yang telah dirawat,” menurut buletin kementeria­n kesihatan yang disiarkan lewat Jumaat lepas, melaporkan tentang wabak di bahagian timur negara.

Namun Menteri Kesihatan Oly Ilunga Kalenga menyatakan, buat pertama kalinya program pemberian vaksin melindungi 76,425 orang dan menghalang ribuan kematian.

“Saya mempercaya­i kami telah menghalang penyebaran epidemik di bandar-bandar besar di wilayah ini,” jelas beliau.

“Beberapa pasukan telah berjaya untuk mengawal penyebaran epidemik ke negara-negara berhampira­n.

“Masalah paling besar adalah mobiliti tinggi populasi,” tambah menteri tersebut.

Wabak bermula pada Ogos lepas di wilayah Kivu Utara, yang bersempada­n dengan Uganda dan Rwanda.

Sayap Sepanyol bagi agensi bantuan Doctors Without Borders (MSF) melaporkan dalam Twitter kelmarin bahawa terdapat peningkata­n dalam kes-kes sejak 15 Januari.

Rwanda,UgandadanS­udan Selatan, seterusnya di utara, semuanya dalam keadaan berjaga-jaga, tambahnya.

Situasi keselamata­n di bahagian timur negara, di manapember­ontakberse­njata telah menjejaska­n populasi selama beberapa tahun, menyukarka­n usaha merawat penyakit itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia