Utusan Borneo (Sabah)

13 terkorban semasa lari dari penjara di DRC

-

TSHIKAPA: Seramai 13 terkorban dalam kejadian lari dari penjara di Republik Demokratik Kongo (DRC) di wilayah tengah Kasai, menurut ketua penjara kelmarin.

Ketegangan pada Jumaat lepas di penjara Tshikapa berpunca daripada kematian bekas pejuang militia dalam tahanan dan keengganan kakitangan penjara untuk menyerahka­n mayat tersebut kepada teman-temannya untuk pengebumia­n.

“Sembilan banduan terbunuh ketika pasukan keselamata­n cuba untuk menangkap mereka semula,” ketua penjara Masaka Nansaka memberitah­u wartawan, sambil menambah dua anggota polis dan dua bekas pejuang militia turut terkorban.

“Lapan lagi tercedera akibat tembakan dan dimasukkan ke hospital.”

Nansaka menyatakan, kirakira 60 berjaya melarikan diri, sambil menambah fasiliti itu menahan 272 orang awam dan 98 banduan tentera sebelum kejadian lari penjara.

Pihak polis telah menangkap 16 orang dari mereka yang melarikan diri.

Pihak berkuasa menganggar­kan kira-kira 1,700 pejuang militia telah beroperasi di wilayah Kasai namun terdapat tindakan menyerah diri beramai-ramai sejak Presiden Felix Tshisekedi memegang kuasa pada bulan lepas.

Keluarga Tshisekedi berasal dari wilayah itu.

Timbalan Gabenor Kasai Hubert Mbingho menyatakan masalah bermula ketika rakan-rakan pejuang militia yang meninggal dunia datang untuk menuntut mayatnya.

“Pihak berkuasa penjara menolak dan satu pergaduhan berlaku.

“Tahanan telah mengambil kesempatan daripada kejadian ini lalu mencederak­an seorang anggota polis dan merampas senjatanya,” kata beliau.

“Dalam kekecohan itu, ramai banduan yang melepaskan diri dan melompat ke dalam Sungai Kasai yang mengalir berhampira­n penjara tersebut dan berenang pergi dari situ,” tambah Mbingho.

Pada Januari tahanan telah terbunuh semasa kejadian lari dari penjara di bahagian lain di Kasai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia